Tak payah sayang terus buang! Bahaya guna kuali teflon bercalar, tingkat risiko kanser
PASTI ramai mak-mak yang sayang nak buang kuali jenis teflon dengan alasan ia masih boleh digunakan walaupun ia sudah dipenuhi kesan calar.
Tapi ramai juga tidak sedar, hanya satu kesan calar kecil pada permukaan kuali tidak mudah melekat itu sudah mampu melepaskan 9,100 zarah mikroplastik dan nanoplastik ke dalam makanan.
Jumlah itu diperoleh menggunakan teknik pencitraan raman iaitu kaedah yang boleh mengesan zarah halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, zarah itu berasal daripada polytetrafluoroethylene atau PTFE, iaitu sejenis bahan utama pada salitan teflon.

Kajian tersebut turut mendapati, PTFE tergolong dalam kumpulan bahan kimia yang terkenal kerana sifatnya sukar terurai dalam tubuh manusia dan juga alam sekitar.
Ia juga berpotensi untuk kekal dalam dalam sistem biologi.
Banyak faktor menjadi penyebab kuali teflon bercalar antaranya menggunakan senduk atau sudip logam, haba terlalu tinggi atau faktor usia kuali yang digunakan sudah terlalu lama.
MENARIK DIBACA: 28 tahun minum susu lembu mentah, warga emas dijangkiti tibi
MENARIK DIBACA: Suhun kukus pedas sihat dan mudah, sesuai jadi menu diet!
Faktor ini menyebabkan teflon mula mengelupas dan mengeluarkan zarah halus sehingga bercampur dengan makanan lalu masuk ke dalam tubuh badan manusia tanpa disedar dengan jumlah yang sangat besar.
Apa membimbangkan, saiz nanoplastik yang cukup kecil itu mampu menembusi lapisan usus sehingga ia berpotensi untuk bergerak ke dalam organ lain melalui saluran darah.
Walaupun kajian tentang kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia masih dilakukan, namun bukti awal menunjukkan berlakunya keradangan, gangguan hormon dan masalah kesihatan kronik.

Paling membimbangkan, kajian terhadap turut mendapati terdapat kesan buruk apabila ia boleh mempengaruhi sistem imun manusia dan meningkatkan risiko kanser tertentu.
Meskipun masih terdapat perdebatan tentang kesan zarah teflon terhadap manusia, namun kesepakatan saintifik menekankan ia penemuan patut diberikan perhatian serius.
Para pengkaji mendapati jika kuali teflon digores berulang kali, terdapat berjuta-juta zarah boleh dilepaskan, sekali gus memberi gambaran jelas bahawa semakin rosak permukaan kuali, semakin tinggi risiko mikroplastik meresap ke dalam makanan.