KUALI | Resipi Moden

Suhun kukus pedas sihat dan mudah, sesuai jadi menu diet!

Lead Image

KALAU anda tercari-cari menu ringkas, sihat dan tak perlu banyak minyak, resipi suhun kukus pedas yang dikongsikan pempengaruh masakan, Yatul Hakim ini memang wajib dicuba.

Dengan bahan-bahan mudah dan cara penyediaan yang cepat, hidangan ini sesuai dijadikan lauk harian atau menu ringan untuk seisi keluarga.

Paling penting, resipi suhun kukus pedas ini bukan sahaja mengenyangkan, tetapi juga berkhasiat terutama untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

MENARIK DIBACA: [V] Kaki makan tapi kekal fit, Hanna Aqeela kongsi rahsia jaga bentuk badan

MENARIK DIBACA: Kaki lenguh, tumit sakit? Petua tradisional ini buat ramai lena tidur malam

Bahan-bahan

  • Suhun
  • Cendawan enoki
  • Tauhu telur
  • Udang
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 biji cili padi (dicincang)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Daun bawang
  • Minyak masak
  • Air 

Langkah penyediaan

  1. Masukkan bawang putih dan cili padi dalam mangkuk kemudian curahkan minyak panas.
  2. Masukkan sos tiram, kicap cair, lada putih, air dan kacau sehingga larut.
  3. Dalam bekas berasingan, susun cendawan enoki dan suhun yang telah dicuci bersih.
  4. Potong tauhu telur dan susun di atas suhun beserta dengan udang.
  5. Tuangkan kuah yang dibancuh tadi dan taburkan daun bawang yang dihiris halus.
  6. Kukus selama 10 hingga 12 minit.
  7. Siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Ada rahsia maggi murtabak bertambah sedap, tak hairan ramai mula ketagih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Puding Oreo resipi Che Nom memang sedap, tambah aiskrim umpan selera anak-anak 

Terhangat