KUALI | Resipi Moden

Ada rahsia maggi murtabak bertambah sedap, tak hairan ramai mula ketagih

Lead Image

SIAPA sangka mi segera biasanya digoreng atau dibuat kuah juga sedap diolah menjadi hidangan murtabak yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi penuh rasa. 

Murtabak maggi boleh buat ramai penggemar jatuh hati dek kesedapan mi lembut digulung bersama telur rangup, dicampur pula isi seperti ayam atau daging cincang.

Tambahan sedikit rempah, taburan daun bawang dan sos cili cukup membuatkan setiap gigitan penuh nikmat.

Nak lagi sedap, tambahkan parutan keju ke dalam adunan yang memberi rasa lebih sedap dan berlemak.

Maka tak hairanlah hidangan kreatif ini cepat menjadi kegemaran ramai!

Paling penting, pastikan telur mencukupi. Jika telur tidak seimbang dengan mi segera, bentuk murtabak akan kurang menarik dan mudah pecah sekali gus menjejaskan kesempurnaannya.

Jom Kuali tunjukkan cara mudah hasilkan murtabak maggi sedap dan rangup!

MENARIK DIBACA: Tambah petai terus bangkit selera! Resipi cencaru sumbat sambal pikat selera

MENARIK DIBACA: Resipi daging goreng berlengas cara orang Kelantan, memang bertambah nasi

Bahan-bahan

2 pek maggi 

2 biji telur

1 biji bawang merah 

1–2 biji cili merah/cili hijau 

1 batang daun bawang

Sedikit garam & lada sulah

Minyak untuk menggoreng

Sosej/ daging dan ayam kisar

Kubis atau lobak merah 

Keju parut

Cara penyediaan

  1. Rebus maggi hingga lembut, tapis air dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, masukkan telur dan pukul sedikit.
  3. Masukkan maggi yang telah direbus, bawang, cili, daun bawang dan bahan tambahan jika guna. Gaul rata.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tuang adunan maggi lalu ratakan seperti lempeng.
  5. Masak dengan api sederhana hingga bahagian bawah keperangan kemudian terbalikkan dan masak hingga masak sepenuhnya.
  6. Potong-potong dan hidangkan panas-panas. Sedap dimakan dengan sos cili atau kicap.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Resipi tauhu goreng sos cuka hitam, hidangan ringkas tidak membosankan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Suhun kukus pedas sihat dan mudah, sesuai jadi menu diet!

Terhangat