KUALI | Menu Selebriti

[V] Kaki makan tapi kekal fit, Hanna Aqeela kongsi rahsia jaga bentuk badan

Lead Image

PADA usia 35 tahun, pelakon Hanna Aqeela masih mampu mengekalkan bentuk tubuh yang langsing walaupun mengakui dia seorang penggemar makanan.

Tiada rahsia tertentu, sebaliknya Hanna percaya tidak salah seseorang itu menikmati apa sahaja makanan diinginkan selagi masih terkawal dengan porsi sederhana.

Pemegang ijazah dalam bidang Sains Pemakanan (Nutrisi), Universiti Kebangsaan Malaysia (IKM) itu berkata, kesihatan bukanlah tentang kawalan makanan semata-mata, sebaliknya ia tentang keseimbangan seseorang itu menjalani kehidupan harian.

Hanna memastikan dirinya sentiasa aktif dengan melakukan aktiviti fizikal agar tubuhnya dapat membakar kalori dan kekal sihat.

"Saya sendiri bukanlah seorang yang terlalu ketat dalam menjaga pemakanan kerana saya sangat suka dengan makanan. 

"Namun, sebagai langkah seimbang, saya sentiasa melakukan aktiviti fizikal agar tubuh dapat membakar kalori dan kekal sihat," katanya kepada Kuali.

Hanna atau Hanna Aqeela Mohd Rosni memberitahu dia juga beruntung kerana mempunyai kebolehan memasak yang membolehkannya menyediakan sendiri hidangan di rumah.

Malah kata Hanna, sebagai anak sulung dalam keluarga, dia sudah terbiasa memasak untuk adik-adiknya sejak di bangku sekolah menengah lagi.

MENARIK DIBACA: Goreng ikan masin pun ada teknik, elak mudah hancur dan minyak tak cepat hitam

MENARIK DIBACA: Kena cuba! Campuran 3 rempah ini buat gulai pisang tumis darat bertambah sedap

"Sebagai kak long (anak sulung), saya dah biasa masakkan untuk adik-adik saya.

"Malah mereka kata masakan saya pun sedap," katanya yang juga aktif dalam sukan bola sepak wanita.

Hanna memberitahu dia juga turut menyimpan impian membuka sebuah restoran sendiri suatu hari nanti kerana minat mendalam terhadap dunia kulinari.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Patutlah badan sado, selain bersenam ini rahsia diet Que Haidar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Berat pernah cecah hampir 100 kilogram, Nazrief Nazri disiplin bab diet - “Kerjaya saya perlu ‘jual diri’”

Terhangat