[V] Patutlah badan sado, selain bersenam ini rahsia diet Que Haidar
TIDAK hanya bakat sebagai pelakon, sejak kebelakangan ini tubuh sasa pelakon Que Haidar menjadi perhatian ramai yang kagum dengan fizikalnya.
Apatah lagi, Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, kerap berkongsi rutin hariannya di pusat kecergasan berserta foto tidak berbaju.
Selain bersenam, pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu turut mengamalkan deit ketat apabila tidak mengambil nasi dan gula sejak setahun lalu.
Tidak hanya asar dasar komitmen kerja, Que memberitahu pada usianya sekarang dia lebih peka terhadap kesihatannya.

"Saya 'cut' nasi dan gula sejak September 2024 dengan mengamalkan 'eat clean'.
"Kalau saya rindu nasi, saya cuma akan makan beras basmathi atau ganti karbohidrat saya kepada spageti.
"Usia dah cecah 46 tahun dan saya rasa sudah sampai masanya untuk jaga kesihatan," kongsinya ketika ditemui Kuali.
Pun begitu cerita Que, dia 'kalah' jika asam pedas ikan mayong terhidang di hadapannya kerana ia menu kegemarannya.
MENARIK DIBACA: Hanya bermodalkan RM500, bekas model ini ubah mi segera jadi sumber rezeki
MENARIK DIBACA: [V] Kaki makan tapi kekal fit, Hanna Aqeela kongsi rahsia jaga bentuk badan
Sebagai anak jati kelahiran Johor, hidangan itu wajib masuk dalam senarai makanan kegemarannya, selain laksa Johor.
"Saya memang hantu asam pedas terutama asam pedas ikan mayong.
"Kalau saya balik ke Kulai, Johor, saya memang akan minta kakak saya masakkan hidangan itu sebab emak saya dah tak ada (meninggal dunia).
"Jika tidak saya akan ajak abang saya yang juga 'hantu' asam pedas cari kedai yang menjual menu itu," ujarnya teruja.