KUALI | Trending

Hanya bermodalkan RM500, bekas model ini ubah mi segera jadi sumber rezeki

Lead Image

KALAU biasa ke Setiawangsa, Kuala Lumpur pasti ramai tahu dengan gerai Maggie Malam yang menghidangkan menu ringkas iaitu mi segera.

Walaupun ia sekadar mi segera namun pemiliknya Nur Aliya Batrisyia tampil dengan idea unik dengan menampilkan kelainan melalui beberapa menu seperti Maggie Ayam Crispy dan Maggie Daging.

Paling mencuri perhatian dan membuatkan gerainya diserbu ramai, sudah tentu menu Maggie Sukiya yang memang lazat.

Tertarik dengan idea dan konsep diketengahkan, Kuali tertarik untuk mendekati pemiliknya yang baru berusia 22 tahun ini.

Alieya pernah memasang impian menceburkan diri dalam bidang peragaan.

Tatkala wanita seusianya sibuk melanjutkan pelajaran dan mengejar keseronokan, Aliya sanggup menghabiskan waktu malamnya menyediakan hidangan mi segera buat pelanggan.

Semangat dan dedikasi ditunjukkan Aliya menguruskan perniagaan makanannya cukup membara. 

Baginya, umur bukan alasan untuk bergantung kepada orang lain, sebaliknya menjadi motivasi membuktikan bahawa kerja keras dan minat mampu membuahkan hasil.

MENARIK DIBACA: Pernah pinjam ah long demi kelangsungan perniagaan, kini AMK Group mula kuasai pasaran makanan segera

MENARIK DIBACA: Reviu rendah influencer sampai tiada pelanggan, 3 beradik bangkit perbaiki kualiti pizza wagyu... Jenama Bienz kini jadi buruan sampai ke Singapura!

"Saya minat berniaga kerana dari kecil memang sudah lihat ibu bapa pun berniaga.

"Saya percaya melalui meniaga inilah dapat membantu saya melangsungkan kehidupan, dan dapat jana pendapatan harian," katanya kepada Kuali.

Sejak awal pembukaan pada 2024, gerai Maggie Malam yang diusahakan Aliya tidak pernah sepi dengan kehadiran pengunjung setiap hari.

Dulu saya nak jadi model tetapi tak kesampaian, mungkin belum rezeki

ALIYA BATRISYIA 

Pemilik Maggie Malam

Beroperasi di Setiawangsa, gerai ini menjadikan mi segera sebagai menu utama dengan pelbagai variasi yang menepati cita rasa orang ramai.

Berkongsi mengenai perjalanannya, gadis asal Ipoh, Perak ini memberitahu dirinya pernah memasang impian untuk menceburkan diri dalam dunia peragaan malah, pernah bekerja sebagai model sambilan.

Namun, cita-cita itu terpaksa dikuburkan seketika apabila menyedari rezekinya lebih berpihak kepada dunia perniagaan yang mampu menjamin keuntungan.

"Dulu saya nak jadi model tetapi tak kesampaian, mungkin belum rezeki. Dan tawaran kerja pun agak kurang.

Aliya menguruskan segala aspek perniagaan termasuk penyediaan bahan dan memasak.

"Saya kumpul duit bayaran daripada setiap job dan jadikan ia sebagai modal perniagaan. Bayarannya tidak begitu tinggi, tetapi saya simpan sedikit demi sedikit," ujarnya.

Dalam menguruskan Maggie Malam, gadis tinggi lampai ini tidak bergerak sendirian, turut dibantu oleh ibu dan dua orang adik-beradiknya.

Namun begitu, Aliya memainkan peranan penting dalam memastikan setiap aspek perniagaan, termasuk penyediaan bahan, memasak dan servis, dilaksanakan dengan penuh teliti.

Siapa sangka dengan bermodalkan wang permulaan sebanyak RM500, Maggie Malam berjaya berkembang dan dikenali ramai dalam tempoh setahun sahaja.

Menu maggi sukiya antara menjadi kegemaran pelanggan di gerai Maggi Malam.

Meskipun diuji dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh berkenaan, Aliya tidak cepat melatah, sebaliknya memilih untuk bangkit semula dan terus memperbaiki kekurangan.

"Orang selalu fikir meniaga tepi jalan mudah, hanya pacak khemah sudah boleh berniaga. Tapi ia sebenarnya menguji mental dan fizikal.

"Setiap ujian mahupun kecaman yang saya terima, saya jadikan pengajaran. Saya perbaiki apa yang kurang untuk puaskan hati pelanggan-pelanggan saya.

"Semoga dengan kerja keras saya, saya dapat capai impian untuk ada lot kedai sendiri suatu hari nanti," jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Dari Kelantan ke London... Jual nasi kerabu di taman, pendapatan lelaki ini cecah RM2 juta setahun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tompok hitam pada bawang tanda jangkitan kulat, jangan sekadar cuci dengan air... Boleh jadi penyebab masalah paru-paru

Terhangat