KUALI | Nutrisi

Influencer Bella Khan pun dah cuba, air rendaman bendi banyak betul khasiatnya

Lead Image

AMALAN minum air rendaman bendi sudah dilakukan sejak sekian lama, khususnya dalam perubatan tradisional Melayu dan Ayurveda.

Kaedah perubatan alternatif semula jadi itu dipercayai membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk membantu mengawal gula dalam darah dan mengelak sembelit.

Kini, kaedah semula jadi ini kembali mendapat perhatian termasuk dalam kalangan generasi muda apabila dikongsikan semula oleh pempengaruh, Bella Khann.

Dalam video itu, Bella Khann berkongsi pengalaman dirinya mengamalkan minum air rendaman bendi setiap pagi dan menjelaskan manfaat bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus.

Menurutnya, amalan itu juga memberi kesan positif terhadap sistem penghadaman dan kawalan gula dalam darah.

MENARIK DIBACA: Tak perlu sabun tapi guna air rebusan daun sirih, cara tradisional cuci puting botol susu anak

MENARIK DIBACA: Cuka epal ubat mujarab atasi kelemumur, rahsia rambut lebat berkilat

“Air rendaman bendi dapat bantu masalah gula dalam darah, diabetes bahkan membantu mengurangkan masalah sakit lutut.

“Bendi juga baik untuk membantu kesihatan dalaman wanita, mengembalikan seri wajah, memudahkan proses bersalin dan manfaat lain,” kongsinya.

Sambungnya, amalan minum air rendaman bendi itu elok diamalkan ketika waktu pagi.

Kandungan serat larut dan mukus semula jadi dari bendi dipercayai membantu memperlahankan penyerapan gula dalam usus.

Air rendaman sayur itu tidak memberikan sebarang rasa namun lendir terhasil membuatkan kembang tekak.

Bella Khann turut menunjukkan cara untuk menghasilkan air rendaman bendi menggunakan air biasa atau sejuk.

Kongsinya, pilih bendi segar dan masih muda untuk mendapatkan khasiat optimum, potong kedua hujung bendi lalu potong kecil sayur itu.

Masukkan bendi dipotong ke dalam jag dan biarkan sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya beberapa jam.

Perkongsian itu menunjukkan bahawa semakin ramai kembali mengamalkan pemakanan tradisional sebagai alternatif penjagaan kesihatan disamping perubatan moden.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa bendi berpotensi memberi manfaat membantu masalah sendi, menurunkan kolestrol dan anti-radang,

Kajian akademik Universiti Perubatan dan Sains Mashhad, Iran melaporkan bendi membantu menstabilkan gula darah, terutamanya bagi pesakit diabetes.

Kandungan serat larut dan mukus semula jadi dari bendi dipercayai membantu memperlahankan penyerapan gula dalam usus.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Duduk terlalu lama di pejabat punca gemuk! Kerap minum air bantu turun berat badan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Cuka epal ubat mujarab atasi kelemumur, rahsia rambut lebat berkilat

Terhangat