KUALI | Menu Selebriti

[V] Syazwan Zulkifly buang tabiat pemakanan tak sihat, paksa diri telan sayur - “Nak tidur pun boleh mengunyah lagi”

Lead Image

DEMI kekal sihat dan cergas, pelakon Syazwan Zulkifly memaksa diri 'menelan' sayur-sayuran walaupun tidak menggemari makanan tersebut.

Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 38, berkata, dia bukan sahaja ingin menjaga kesihatan tetapi kerjaya sebagai pelakon memerlukannya sentiasa tampil cergas demi memenuhi tuntutan watak.

Selain sayur-sayuran, Syazwan juga menahan tekak apabila terpaksa makan makanan 'kurang rasa' bagi mengawal pengambilan garam dan gula.

Walaupun tidak gemar makan sayur-sayuran, Syazwan tetap mengutamakan kesihatan dengan menjaga pemakanan.

"Saya sebenarnya tengah diet dan perlu kawal makan.

"Sekarang ini saya hanya makan makanan sihat walaupun sebenarnya saya tidak suka makan sayur-sayuran.

"Saya boleh makan (sayur), cuma saya tidak gemar," ujarnya ketika ditemui Kuali. 

Pun begitu, pelakon yang mula mencipta nama menerusi watak Apek menerusi drama Juvana itu bukanlah seorang cerewet tentang makanan.

MENARIK DIBACA: Dari medan perang ke meja makan, ini sejarah terciptanya mayonis

MENARIK DIBACA: Redakan ‘hot flush’ dan kemurungan, banyak khasiat daun kelor untuk wanita menopause

Sebaliknya kata Syazwan, dia memang seorang 'foodie' dan menggemari pelbagai makanan.

"Saya tak cerewet tentang makan sebenarnya malah saya memang suka makan termasuk ketika bosan.

"Kalau waktu tidur pun kadang-kadang saya boleh mengunyah lagi," kata penggemar hidangan stik itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Erra Fazira belum sempat masak untuk suami, sekadar panaskan lauk beli di kedai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Patutlah badan sado, selain bersenam ini rahsia diet Que Haidar

Terhangat