[V] Erra Fazira belum sempat masak untuk suami, sekadar panaskan lauk beli di kedai
SEBULAN selepas kembali bergelar isteri, pelakon Erra Fazira masih belum berkesempatan memasak untuk suami iaitu Ezwan Zain.
Erra atau Fazira Wan Chek, 53, berkata, kekangan masa memenuhi pelbagai undangan serta tawaran kerja membuatkan dia tidak mempunyai masa ke dapur menyiapakan hidangan buat suami.
Pun begitu kata Erra, dia tetap menjalankan tanggungjawab menyediakan makan minum suaminya walaupun sekadar memanaskan lauk pauk yang dibeli dari kedai.
"Selepas berkahwin, saya belum sempat ke dapur untuk memasak. Saya hanya sempat panaskan makanan (dibeli) sahaja.

"Sebab yang pertama kami hanya tinggal berdua sahaja dan belum sempat untuk betul-betul berehat di rumah.
"Jadi selepas berkahwin, kami berdua memang sibuk dengan urusan kerja masing-masing dan suami pun tidak cerewet dan memilih soal makan," kongsinya kepada Kuali.
Walaupun belum berkesempatan untuk merasai masakan air tangan isteri, Ezwan atau mesra disapa Mr. E berkata suri hatinya itu masih menjaga 'perutnya' dengan menyediakan hidangan walaupun sekadar membelinya dari luar.
MENARIK DIBACA: Warga asing kantoi berendam dalam bekas air, buat guna cuci sayur sebelum jual - “Terus kembang rasa tekak”
MENARIK DIBACA: [V] Kopitiam 143 serlah citarasa ‘Chinese fusion’, pelbagai pilihan roti bakar wajib dicuba
"Walaupun sesibuk mana sekali pun, isteri tetap menjaga makan minum dan keinginan selera saya sama ada beli atau panaskan semula makanan yang ada di rumah.
"Itu pun sudah membuatkan saya gembira," kata Eezwan yang menggemari hidangan nasi ayam geprek.
Tambah pemilik dan juga pengasas rangkaian kafe, Kueh itu, seleranya dan juga isteri sangat sederhana.

Apa paling penting, mereka mengutamakan khasiat seiring dengan faktor usia mereka berdua.
"Selera kami berdua sangat sederhana dan mudah sebenarnya.
"Apa yang kami utamakan adalah makanan yang diambil itu perlulah berkhasiat.
"Lagi pun Erra bukanlah seorang kaki makan, sama juga seperti saya," kata Ezwan.