KUALI | Sajian Restoran

[V] Kopitiam 143 serlah citarasa ‘Chinese fusion’, pelbagai pilihan roti bakar wajib dicuba

Lead Image

SETIAP kali hujung minggu, persoalan sering berlegar di kepala tentutanya lokasi sarapan pagi yang sempurna.

Bagai dilema mahu mencari hidangan yang ringkas tapi sedap, klasik tapi masih ada kelainan. 

Kopitiam 143 menawarkan gabungan hidangan Chinese fusion, restoran ini sesuai untuk mereka mencari sarapan lengkap.

Menu roti bakar klasik beragam dan menyelerakan.

Kunjungan ke Kopitiam 143 tidak lengkap tanpa mencuba menu roti bakar klasik mereka. 

Salah satu pilihan popular ialah Roti Bakar 2 Sejoli, gabungan roti bakar rangup dengan nutella pekat, mentega kacang berkrim, dan pisang yang manis semula jadi.

Bagi yang menggemari sarapan tradisional kopitiam, Roti Bakar Special menjadi pilihan ideal.

Roti panas yang disapu majerin dan kaya dihidangkan bersama dua biji telur separuh masak menghasilkan rasa lembut, berlemak.

MENARIK DIBACA: Makan tanpa was-was, 3 cawangan Lafayette dapat sijil halal Jakim 

MENARIK DIBACA: [V] Dari Xiao Long Bao ke claypot kari kambing, Deeriang saji masakan Cina Muslim autentik

Roti Arang Kaya pula menawarkan pengalaman unik dengan menggabungkan aroma arang ringan bersama kaya mencipta rasa menarik.

Selain roti bakar, Kopitiam 143 turut menampilkan pelbagai menu panas lain seperti Pan Mee Dry, Wantan Mee, dan Mee Kari 143.

Kuey Teow Sup dihidangkan dengan kuah jernih yang ringan namun penuh rasa, bersama kuey teow lembut, fuchuk, fishball, fish cake, dan sayur segar.

Selain roti bakar, kopitiam ini menawarkan hidangan berat lain.

Beef Dumpling (boiled) pula menonjol dengan kulit dumpling yang nipis dan inti daging lembu yang juicy serta berperisa.

Minuman di Kopitiam 143 turut menambah kesempurnaan pengalaman sarapan seperti Kopi C dan milo ais tabur.

Untuk sesiapa yang menghargai sarapan berkualiti dan beragam pilihan, Kopitiam 143 adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan.

Lokasi:  B3-8Arc @Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, Ampang Ukay, 68000 Ampang, Selangor

Waktu oeprasi: 7.30 pagi - 2.30 petang

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] Iman Nasi Kukus syurga masakan autentik Kelantan, pelbagai pilihan buat rambang mata

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

Makan tanpa was-was, 3 cawangan Lafayette dapat sijil halal Jakim 

Terhangat