Makan tanpa was-was, 3 cawangan Lafayette dapat sijil halal Jakim
SELEPAS Sembilan tahun beroperasi, restoran sajian barat, Lafayette kini memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin lalu.
Pensijilan halal itu diberikan kepada tiga cawangan mereka termasuklah di Southlink Bangsar South, The Starling dan The Flo Bandar Sri Damansara.
Menurut pengarahnya, Jack Lau, pencapaian tersebut menjadi bukti kesungguhan pihaknya dalam menyediakan hidangan terbaik buat semua pelanggan.

Tambahnya, usaha berkenaan dilaksanakan bagi menjadikan Lafayette sebagai jenama western fusion pilihan ramai.
"Kami melihat pelanggan kami datang dari pelbagai latar belakang dan kaum.
"Dan saya juga sedar kami sedar bahawa pilihan restoran Western Fusion yang diiktiraf Halal sepenuhnya masih terhad di Malaysia.
"Bagi memastikan setiap tetamu Melayu kami makan dengan rasa selamat dan tenang tanpa was-was, kami tekad mendapatkan pengiktirafan ini.
MENARIK DIBACA: [V] ‘De Wan 1958’ buka cawangan di The Exchange TRX, usaha Chef Wan martabat masakan Melayu
MENARIK DIBACA: [V] Dua cawangan dapat sijil halal, Luckin Coffee promosi minuman RM3.99
Jack berkongsi perkara itu ketika majlis meraikan pensijilan halal Lafayette yang berlangsung di Restoran Lafayette, The Starling pada Isnin.
Jelasnya lagi, proses permohonan halal tersebut telah mendorong pasukannya meningkatkan standard operasi secara menyeluruh, termasuk kebersihan dapur hinggalah ke rantaian bekalan.
"Sistem halal telah menjadikan pengurusan kami lebih teliti dan jenama kami lebih bermakna.
"Ini adalah evolusi terpenting kami sepanjang sembilan tahun ini," tambahnya lagi.

Selepas kejayaan tiga cawangan tersebut, Lafayette turut mengumumkan perancangan untuk membuka dua lagi cawangan baharu di Sarawak dan Rawang pada tahun 2026.
Antara hidangan wastern fusion yang disajikan di Lafayette seperti Japanese Garlic Fried with Fried Chicken Chop, Lafayette Lamb Shanks, Hawaian Chicken Chop, Smoked Duck Aglio Olio dan Classic Lasagna.
Bagi pelanggan yang datang secara berkumpulan, restoran ini turut menawarkan Super Value Platter yang terdiri daripada pasta, chicken chop, garlic bread dan salad pada harga RM69.90.