KUALI | Nutrisi

Redakan ‘hot flush’ dan kemurungan, banyak khasiat daun kelor untuk wanita menopause

Lead Image

MENOPAUSE adalah satu fasa semula jadi dalam kehidupan setiap wanita lazimnya berlaku antara usia 45 hingga 55 tahun. 

Fasa ini menandakan berakhirnya kitaran haid dan perubahan besar dalam sistem hormon dengan memberikan tanda perubahan fizikal dan emosi ketara pada wanita. 

Antara simptom paling tidak digemari adalah gangguan 'hot flush' atau rasa panas melampau secara tiba-tiba, terutamanya di bahagian muka, leher dan dada sehingga mengganggu tidur, dan emosi. 

Fasa menopause cukup mencabar wanita.

Buat wanita yang mencari penyelesaian alternatif, boleh cuba kurangkan simptom menopause dialami menggunakan daun kelor atau dikenali sebagai moringa oleifera.

Daun kelor turut dikenali sebagai 'pokok ajaib' kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan dan sebatian bioaktif menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh. 

MENARIK DIBACA: 28 tahun minum susu lembu mentah, warga emas dijangkiti tibi

MENARIK DIBACA: Suhun kukus pedas sihat dan mudah, sesuai jadi menu diet!

Kandungan seperti vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium dan polifenol menjadikan daun ini berpotensi membantu menyeimbangkan kesan perubahan hormon dalam badan wanita menopause.

Berikut adalah khasiat daun kelor membantu mengurangkan masalah dialami wanita menopause:

Gangguan hot flush boleh menyebabkan keletihan dan hilang daya fokus.

1. Membantu mengurangkan hot flush

Daun kelor kaya dengan antioksidan seperti flavonoid dan polifenol membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan. 

Tekanan oksidatif sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon mencetuskan hot flush. 

Pengambilan daun kelor secara berkala boleh membantu menstabilkan suhu badan dan mengurangkan kekerapan rasa panas secara tiba-tiba.

Amalan minum teh daun kelor dapat mengurangkan tanda hot flush.

2. Menyokong keseimbangan hormon

Kandungan nutrien dalam daun kelor membantu menyokong fungsi kelenjar endokrin. 

Nutrien seperti magnesium dan vitamin B membantu tubuh menyesuaikan diri dengan penurunan estrogen, sekali gus mengurangkan simptom menopause termasuk keresahan dan perubahan emosi.

Daun kelor mengandungi magnesium dan kalsium membantu merehatkan sistem saraf.

3. Meningkatkan kualiti tidur

Wanita menopause sering mengalami gangguan tidur akibat night sweats dan hot flush. 

Daun kelor mengandungi magnesium dan kalsium membantu merehatkan sistem saraf, menjadikan tidur lebih lena dan berkualiti.

Kekal sihat diusia 50-an antara impian wanita.

4. Menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis

Penurunan estrogen meningkatkan risiko tulang rapuh. 

Daun kelor kaya dengan kalsium, fosforus dan vitamin K penting untuk mengekalkan kepadatan tulang, sekali gus mengurangkan risiko osteoporosis dalam kalangan wanita menopause.

Daun kelor turut dikenali sebagai pokok ajaib kerana khasiat dalam membantu kesihatan mental wanita.

5. Meningkatkan tenaga dan kesihatan mental

Keletihan dan kemurungan ringan sering dialami semasa menopause. 

Daun kelor membantu meningkatkan tahap tenaga, menyokong penghasilan serotonin dan mengurangkan tekanan membuatkan wanita lebih bertenaga dan positif.

Daun ini lama digunakan dalam perubatan tradisional di Asia dan Afrika sebagai teh hangat, serbuk atau masakan harian.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Pakai deodoran pun tak jalan! Sental limau kasturi pada ketiak bantu hilangkan bau badan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Diet pelangi buat semangat nak kurus, paling penting banyak manfaat

Terhangat