KUALI | Nutrisi

Pakai deodoran pun tak jalan! Sental limau kasturi pada ketiak bantu hilangkan bau badan

Lead Image

WALAUPUN nampak biasa bersaiz kecil molek dan sedikit rasa masam, jangan pandang remeh akan kehebatan buah ini. 

Dalam masakan, buah limau kasturi ini memainkan peranan penting sebagai bahan penyedap rasa mahupun pemeriah hidangan makanan.

Di sebalik penampilan sederhana, ia menyimpan pelbagai khasiat hebat yang mampu menyokong kesihatan tubuh, meningkatkan tenaga dan memberikan manfaat bagi kesejahteraan harian.

MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep

MENARIK DIBACA: [V] Dari Xiao Long Bao ke claypot kari kambing, Deeriang saji masakan Cina Muslim autentik

Agak-agaknya apa yang menarik sangat mengenai buah ini?

Jom ambil tahu lima kebaikan limau kasturi yang mungkin anda belum tahu!

Limau kasturi mengandungi vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan sistem imun badan.

1. Meningkatkan sistem imun

Limau kasturi kaya dengan vitamin C yang membantu memperkuatkan sistem imun, melawan jangkitan dan mengurangkan risiko selsema dan penyakit lain.

Kandungan asid strik dalam limau kasturi membantu proses pencernaan usus.

2. Membantu pencernaan

Asid sitrik dalam limau kasturi dapat merangsang pengeluaran enzim pencernaan, membantu penghadaman makanan dan mengurangkan masalah seperti kembung atau sembelit.

Minuman air limau kasturi bagus untuk kebaikan kulit.

3. Baik untuk kulit

Vitamin C dan antioksidan dalam limau kasturi membantu mengurangkan jerawat, mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan kulit dengan melawan radikal bebas.

Limau kasturi mengandungi astrik sitrik membantu menurunkan kandungan pH kulit

4. Ubat ketiak

Belahan limau kasturi  yang disapu dapat membantu mengurangkan bau badan dan mencerahkan ketiak kerana mengandungi kandungan asid sitrik membantu menurunkan pH kulit.

Limau kasturi mengandungi rendah kalori yang membantu proses pembakaran lemak.

5. Membantu mengawal berat badan

Limau kasturi rendah kalori dan asid sitriknya dapat membantu meningkatkan metabolisme serta membantu pembakaran lemak apabila dimasukkan dalam diet seimbang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Minum air campuran madu dan garam, tidur jadi lebih nyenyak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Redakan ‘hot flush’ dan kemurungan, banyak khasiat daun kelor untuk wanita menopause

Terhangat