KUALI | Nutrisi

Diet pelangi buat semangat nak kurus, paling penting banyak manfaat

Lead Image

DALAM dunia penjagaan kesihatan dan kecantikan, pemakanan memainkan peranan sangat penting. 

Salah satu pendekatan semakin popular adalah menerusi pemilihan diet pelangi yang membantu mengekalkan kesihatan badan dan kecantikan diri.

Diet pelangi merujuk kepada konsep pemakanan menggalakkan pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni setiap hari. 

Setiap warna membawa manfaat tersendiri kerana mengandungi pigmen semula jadi penting untuk kesihatan.

Diet pelangi lengkap dengan pelbagai warna dari sumber sayuran dan buah-buahan.

Sebagai contoh warna merah pada tomato dan tembikai memiliki khasiat likopen untuk mengurangkan risiko penyakit prostat dan masalah tekanan darah tinggi.

Berikut adalah warna-warna utama disarankan untuk menghiasi piring makanan anda:

Buah dan sayur merah seperti tomato, tembikai dan jambu merah kaya dengan likopen.

1. Merah

Buah dan sayur merah seperti tomato, tembikai dan jambu merah kaya dengan likopen, sejenis antioksidan kuat melindungi tubuh daripada tekanan oksidatif.

Kandungan vitamin C tinggi dalam makanan merah membantu penghasilan kolagen, penting untuk kulit lembut dan anjal.

Makanan dari rona merah juga dikaitkan dengan kesihatan jantung, otak, mata dan membantu melawan beberapa jenis kanser.

Warna oren dan kuning kaya dengan nutrisi membantu menguatkan sistem imunisasi.

2. Oren dan kuning

Warna cerah pada mangga, betik, dan labu menunjukkan kandungan beta-kriptoxantin dan karotenoid tinggi dan nutrisi ini baik untuk membantu menguatkan sistem imunisasi.

Tidak hairan, kumpulan warna ini sering digelar sebagai penyokong daya tahan tubuh.

Jika mahu kulit yang sihat dan berseri, buah dari rona ini juga sangat membantu. Warna oren dan kuning juga baik untuk menyokong fungsi penglihatan.

Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli mengandungi klorofil, serat, vitamin K, dan potassium.

3. Hijau

Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli mengandungi klorofil, serat, vitamin K, dan potassium. 

Kombinasi ini membantu proses detoksifikasi semula jadi buat badan sekaligus membantu menjaga kesihatan jantung. 

Pengambilan sayuran hijau juga baik untuk sistem melancarkan pencernaan malah membantu mengawal kadar kolesterol.

Bauh beri dari kumpulan doet ungu juga tinggi antioksidan baik untuk kesihatan wanita.

4. Biru dan ungu

Buah biru dan ungu seperti blueberry dan anggur mengandungi antosianin, antioksidan dan anti inflamasi yang kuat.

Manfaatnya terhadap badan adalah ia membantu mengawal keseimbang darah. 

Buah dari rona ini juga dikenali kerana kandungan antioksidan dipercayai baik untuk melindungi fungsi otak dan kesihatan jantung. 

Rasa masam dan masin juga menambah kesegaran pada selera. Selain buah, sumber warna biru dan ungu juga boleh diperoleh daripada kubis ungu dan terung.

5. Putih dan coklat

Makanan putih dan coklat seperti bawang putih, kentang, keladi, pisang dan cendawan juga penting. 

Makanan dari warna ini mengandungi allicin, quercetin dan kaempferol membantu melawan baketeria punca kepada pelbagai penyakit. 

Bawang putih juga sering dikaitkan dengan khasiat menurunkan kolesterol dan menyokong sistem imunisasi. 

Tip tambahan untuk menambah kebaikan diet pelangi adalah dengan mengisi setengah piring dengan sayur setiap kali makan dan pastikan lengkap dengan dua sukatan buah setiap hari.

Dengan pendekatan ini, makan sihat bukan sahaja mudah tetapi juga menyeronokkan kerana piring dihiasi dengan berwarna-warni makanan dipilih.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Redakan ‘hot flush’ dan kemurungan, banyak khasiat daun kelor untuk wanita menopause

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Tak payah sayang terus buang! Bahaya guna kuali teflon bercalar, tingkat risiko kanser 

Terhangat