KUALI | Tip & Trik

Cuma guna gula... Ini cara simpan udang kekal segar berbulan-bulan, rasa tak terjejas

Lead Image

PASTI ramai belum tahu salah satu cara tradisional untuk mengekalkan kesegaran udang supaya isinya tidak menjadi lembik ialah dengan menabur sedikit gula sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Bukan itu sahaja, petua ini juga membantu mengelak kepala udang daripada tidak cepat merah atau rosak, selain udang tidak melekat antara satu sama lain walaupun sewaktu disimpan di tempat penyimpanan sejuk beku.

Difahamkan, gula bertindak sebagai pengawet semula jadi yang menyerap kelembapan berlebihan. Teknik ini sekali gus mengekalkan kualiti udang walaupun disimpan lama dalam peti sejuk.

MENARIK DIBACA: Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu

MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun... 3 bahan dapur ini boleh bantu singkirkan kulat di rumah

Udang yang ditabur gula masih kelihatan segar dan isinya kenyal walaupun disimpan dalam dalam peti sejuk.

Cara penyimpanan:

  1. Basuh udang sehingga bersih dan pastikan udang ditoskan sehingga betul-betul kering.
  2. Apabila udang kering sepenuhnya, masukkan udang tadi ke dalam bekas kedap udara dan taburkan satu hingga dua sudu besar gula (mengikut jumlah udang) di atas udang lalu ratakan.
  3. Tutup bekas dengan rapat dan simpan di dalam bahagian sejuk beku.
  4. Apabila ingin memasak, anda hanya perlu cuci udang tersebut untuk membuang gula.
  5. Udang yang disimpan bersama taburan gula tadi akan kelihatan masih segar seperti baru dibeli tanpa menjejaskan rasanya.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Suka buang lebihan minyak dalam singki? Cuba trik mudah ini, dijamin tak tersumbat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Peniaga sedih rendang basi tak lama lepas dimasak, ketahui punca-puncanya

Terhangat