Peniaga sedih rendang basi tak lama lepas dimasak, ketahui punca-puncanya
ANTARA dugaan paling 'menyakitkan' dalam perniagaan makanan adalah hidangan yang dimasak cepat basi, malah dalam sesetengah kes 'rosak' sebelum sampai ke tangan pelanggan.
Situasi ini turut dialami seorang peniaga apabila rendang yang ditempah pelanggan basi tidak lama selepas dimasak.
"Sedihnya buat rendang tiba-tiba basi. Hari paling tertekan dan kecewa. Modal labur banyak, tapi kalau kata bukan rezeki saya, tak boleh nak cakap apa.

"Nak ganti baru dekat 'customer'. Naik berbuih padahal masak pes punya la lama, 'costing' pula bagi yang berniaga je tahu harga barang sekarang macam mana," kongsinya di Threads.
Dalam perkongsian seterusnya, lelaki itu berterima kasih kepada netizen yang memberi pandangan dan tip tentang cara penyediaan serta pengendalian rendang agar tahan lebih lama.
"Terima kasih semua berkongsi pandangan saya baca semua. Cuma tak sempat nak balas, terima kasih tak terhingga tak henti-henti bagi semangat dan tip.
MENARIK DIBACA: Memang sedap kalau dibuat bakar, ini antara khasiat mentarang laut untuk tubuh
MENARIK DIBACA: Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu
"Semoga korang semua dipermudah segala urusan dunia akhirat… Thanks jadi orang baik," kongsinya.
Luahan rasa kecewa individu itu bukan sahaja meraih perhatian netizen, sebaliknya influencer masakan Aziekitchen turut memberi petua memasak rendang agar tahan lama.
"Mungkin juga sebab daun kunyit tabur. Kalau masak rendang contoh rendang Minang, pastikan daun kunyit masak, bukan sekadar tabur hiasan," kongsinya.
Seorang netizen turut menyarankan agar peniaga itu tidak terus meletakkan makanan di atas lantai simen atau jubin selepas dimasak kerana suhu makanan yang turun mendadak boleh membuatkan masakan basi.

"Arwah mak selalu ajar macam ni, alas dengan bekas telur, lagi elok biar sejuk dalam kuali dulu baru pindah dalam bekas.
"Makanan panas-panas kalau letak kat atas lantai macam tu memang cepat basi. Cuba alas bekas tu dengan apa-apa, kotak telur ke, jangan 'direct tiles' macam tu. Saya awal-awal catering pun macam tu. Satu periuk lagi," antara komen netizen.

Ada juga yang mengaitkan masalah rendang cepat basi dengan pencemaran bahan yang digunakan atau perkakas dapur.
"Rendang kalau berbuih macam ni lepas masak selalu ada benda yang dah memang rosak. So mungkin ayam atau santan tapi saya selalu syak ayam sebab ayam ni sensitif tak boleh bawa bincang sebab tu kalau rendang ayam saya 'prefer' goreng 'half cook' tos biar air ayam sejat baru saya masuk dalam rendang.
"Saya pernah masak rendang ayam. Tak lama tu basi. Orang cakap jangan sentuh pakai sudu basah. Kena kerap panaskan. Tapi rendang ayam ni memang risiko la kalau buat. Mungkin kena goreng dulu sekejap, sebab ayam ni berair.
"Guna santan kotak. Kalau guna santan segar memang cepat berbau dan basi, it’s OK don’t give up OK.
"Kalau guna santan segar potensi nak basi sangat cepat," komen netizen lagi.