KUALI | Tip & Trik

Teknik rebus telur guna 50ml air menakjubkan! Lepas 12 minit elok kejadian, senang kupas

Lead Image

AIDILFITRI lalu heboh tentang petua merebus ketupat yang menggunakan teknik 5-30-7.

Ada yang menjadi dan ada juga yang kecewa apabila mendakwa teknik tersebut sebagai 'scam' terbesar musim raya.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook berkongsi pula teknik sama, namun digunakan untuk merebus telur tanpa menggunakan air yang banyak.

Telur akan direndam dalam air sejuk selama lima minit selepas direbus selama tujuh minit.

Menerusi perkongsian oleh Norjanah Mujih dalam Facebook, wanita itu berkongsi teknik 50-7-5 untuk mendapatkan hasil telur rebus yang cantik dan mudah dikupas.

Sebelum ini, rata-rata individu akan merebus telur menggunakan air yang banyak. 

Untuk teknik 50-7-5 ini, anda hanya memerlukan hanya 50 milimeter (ml) air sahaja.

MENARIK DIBACA: Periuk 'pressure cooker' tak bagi kerjasama, laksa direbus jadi ambuyat

MENARIK DIBACA: MimiFly tak minum kopi... Sekali cuba konon nak ikut trend, terus kena 'panic attack'

Berikut merupakan cara merebus telur dengan teknik 50-7-5:

  1. Sediakan periuk dan isi 50ml air paip lalu masukkan telur.
  2. Tutup periuk dan gunakan api kecil untuk merebus selama tujuh minit.
  3. Selepas tujuh minit, rendam telur yang telah direbus tadi dengan air sejuk selama lima minit.
  4. Hasilnya, telur yang direbus akan sempurna dan mudah dikupas.
Reaksi pelbagai netizen tentang teknik 50-7-5 untuk merebus telur.

Di ruangan komen, ramai teruja untuk mencuba teknik tersebut yang dianggap lebih mudah dan menjimatkan air serta gas.

"Ngam, saya pun suka masak guna sikit air. Lagi cepat masak.

"Wah! Mudah dan menjimatkan.

"Senang, cepat dan jimat. Nanti mau cuba teknik ni," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Peniaga sedih rendang basi tak lama lepas dimasak, ketahui punca-puncanya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Krisis Asia Barat: Tanam 7 sayur mudah tumbuh ini di rumah... Cepat dapat hasil, senang nak jaga

Terhangat