KUALI | Trending

Periuk 'pressure cooker' tak bagi kerjasama, laksa direbus jadi ambuyat

Lead Image

NIAT di hati nak mudahkan kerja di dapur tapi lain pula yang jadi!

Seorang wanita mencuit hati warganet apabila laksa yang direbus menggunakan 'pressure cooker' bertukar menjadi ambuyat, satu insiden yang tak dijangka!

Menurut perkongsian wanita itu di laman threads, dia pada mulanya hanya mencari alternatif merebus laksa selepas gas di rumahnya habis. 

Hantaran yang dimuat naik oleh wanita dikenali Mira.

Terinspirasi daripada video-video ditonton di TikTok yang dilihat memudahkan kerja memasak, dia cuba menggunakan 'pressure cooker' untuk merebus laksa.

"Cuba rebus laksa guna 'pressure cooker' sekali terus dia jadi ambuyat, weh berangan lagi Mira," katanya.

Ambuyat adalah makanan khas Brunei dan wilayah Borneo (Sabah, Sarawak, Labuan) yang dibuat daripada pati sagu, bertekstur kenyal dan melekit.

Difahamkan dia menggunakan laksa jenis kering yang kebiasaannya perlu direndam terlebih dahulu sebelum direbus. 

MENARIK DIBACA: Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu

MENARIK DIBACA: Pening fikir menu ‘open house’, ini 5 idea juadah orang Utara... Nasi wajib ada!

Bagaimanapun, disebabkan gas habis, dia mengambil keputusan untuk terus mencuba cara alternatif.

"Saya punya laksa jenis keras tu kena rendam dalam air sejuk kemudian rebus. Tapi gas habis saya cubalah guna 'pressure cooker' sebab tengok dekat TikTok boleh. Tapi entahlah, mungkin silap teknik kot,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur malah ada yang turut berkongsi tip penggunaan periuk tekanan.

Antara komen netizen.

Seorang pengguna berkata, dia biasanya menggunakan laksa jenama Eka yang direndam antara 4 hingga 5 jam sebelum merebusnya menggunakan periuk nasi atau dapur gas.

"Laksa halus rendam air paip sekejap je dah lembut, lepas tu celur dalam air panas. Kalau laksa besar, rendam lama sikit baru rebus. Guna periuk nasi pun boleh.

"Kalau guna 'pressure cooker', tak perlu rendam. Basuh dulu, lepas tu terus masak dalam 15 hingga 20 minit. Saya memang suka laksa lembut," antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Lipas dalam minuman, pelanggan kecewa pemilik kedai anggap insiden 'tak logik'!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Mengarut! Ibu bapa 'seram' tengok aneka jajan pelik jual dekat sekolah anak

Terhangat