KUALI | Trending

Pening fikir menu ‘open house’, ini 5 idea juadah orang Utara... Nasi wajib ada!

Lead Image

KEBIASAANNYA hari raya pertama dan kedua, kita hidangkan tetamu dengan juadah tradisional seperti lemang, rendang dan soto.

Masuk minggu kedua Syawal, rata-ratanya dah mula runsing memikirkan juadah sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu terutamanya ketika menganjurkan rumah terbuka.

Bagi orang Utara, rumah terbuka memang sinonim dengan hidangan nasi berlauk dan tanpa juadah 'berat' itu tidak lengkaplah majlis mereka.

Untuk kelainan open house kali ini, Kuali kongsikan beberapa idea menu untuk pembaca:

Nasi minyak kismis sangat mudah dan ringkas.

1. Nasi minyak kismis dengan ayam percik

Versi moden nasi minyak klasik ini dimasak bersama serai, daun pandan dan taburan kismis manis.

Setiap suapan lembut dan harum menjadikan hidangan ini pilihan sempurna untuk juadah rumah terbuka.

Padankan dengan ayam percik berempah untuk sentuhan manis dan pedas.

Untuk lauk sampingan pula ialah acar timun, telur dadar bunga, dan sambal sotong kecil.

Gabungan rasa nasi tomato bersama daging masak kicap berempah cukup memuaskan.

2. Nasi tomato bersama daging masak kicap berempah

Nasi tomato ini digoreng lembut bersama tomato, bawang dan sedikit rempah Melayu kemudian dihias dengan daging masak kicap berempah. 

MENARIK DIBACA: Putih licin, kulit tak terkopek... Ini 6 petua mudah kupas telur

MENARIK DIBACA: Tak susah pun! Lelaki ini kongsi step untuk 'beginner' mahu belajar tanam sayur di rumah

Kombinasi ini memberikan rasa manis, masin dan pedas yang seimbang. 

Lauk sampingan boleh tambah keropok lekor goreng atau sayur campur ala Thai untuk warna dan tekstur.

Daging masak hitam memang menu kegemaran di Utara.

3. Nasi minyak utara dengan daging masak hitam

Nasi minyak versi Utara lebih ringan santan dan wangi dengan daun pandan dan bunga lawang. 

Hidangkan dengan daging masak hitam manis dan pedas ini mudah saja, daging direbus dan dimasak dengan kicap pekat dan rempah Utara. 

Kebiasaanya pasti tetamu suka kerana rasa manis pedas seimbang.

Nasi hujan panas sebenarnya sesuai dijamah dengan apa jenis lauk.

4. Nasi hujan panas ayam berlado dan udang goreng 

Nasi wangi dimasak dengan santan, daun limau purut dan sedikit halia memberikan rasa lembut berkrim. 

Hidangan ini dipadankan dengan ayam berlado pedas manis dan udang goreng garing sesuai untuk tetamu yang suka pedas.

Sebagai pelengkap, tambahkan juga sambal belacan atau kerabu mangga muda.

Nasi beriani juga sesuai untuk dijadikan menu rumah terbuka.

5. Nasi beriani ala Utara

Nasi beriani ala Utara ini wangi dengan rempah halus dan sedikit santan teksturnya lembut tapi tidak terlalu berat. 

Disajikan bersama ayam berempah, ayam kari, kurma atau masak kicap serta daging masak hitam menjadikannya hidangan utama yang mudah dinikmati semua tetamu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nangka punca angin dalam badan? Doktor tampil betulkan salah faham

Terhangat