Tuan rumah hidang belangkas, influencer teruja pertama kali cuba menu eksotik... “Macam mana cara makan?”
HIDANGAN berasaskan belangkas mungkin kedengaran asing bagi sebahagian masyarakat, namun bagi penggemar makanan laut eksotik ini, ia dianggap juadah unik.
Haiwan bercengkerang keras itu lazimnya mudah ditemui di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, menjadikannya antara hidangan jarang dinikmati ramai.
Perkongsian seorang pembuat kandungan dikenali sebagai Alia di platform Threads turut menarik perhatian warga maya apabila bertanya tentang cara menikmati belangkas secara ringkas.

“Korang tahu tak ini apa? Macam mana cara makan benda alah (belangkas) ni?.
"Betul la tu, sebab saya tak pernah makan seumur hidup. Ni baru pertama kali," tulisnya selain mengakui pertama kali mencuba hidangan tersebut.
MENARIK DIBACA: Telur mata rebus guna senduk jer, hasil sama macam digoreng malah lebih sihat
MENARIK DIBACA: Rahsia buat telur separuh masak tekstur sempurna ala kopitiam popular... Masa, teknik kena betul
Persoalan itu mengundang pelbagai respon daripada warga maya yang rata-ratanya berkongsi pengalaman menikmati belangkas.
Bahkan ada yang memberitahu hidangan eksotik itu sedap dan enak untuk dicuba.
"Dia (belangkas) rasa macam biji-biji berlemak. Lebih kurang rasa telur ketam tapi yang ni lebih pejal.

"Belangkas. Ada yang makan dengan nasi ada makan ratah camtu je. Rasa belangkas mirip telur kuning masin. Masak rebus atau bakar rasanya sangat sedap.
"Ni la makanan eksotik saya makan sedap tau. Kalau tak pandai makan telur tu tak apa awak cuba gigit di bahagian badan dia (belangkas). Di situ daging sedap tak ada sepertinya. Hanya dia (belangkas) satu-satunya.
"Sedapnya. Kalau saya suka ratah je atau buat dengan kerabu mangga, terliur ni!

"Kalau telur belangkas ni saya kurang sikit tapi badan dia (belangkas) masak sambal perghhh...macam rasa ketam tapi kasar sikit.
"Waktu mengandung suka makan ni. Masak asam pedas telur.
"Kalau orang pernah duduk kampung lagi tepi laut macam saya memang suka makan ni. Biasanya makan macam tu je sebab belangkas ada rasa lemak tapi sekarang boleh je masak lain contoh masak lemak atau smbal kering," komen netizen.
