Krisis Asia Barat: Tanam 7 sayur mudah tumbuh ini di rumah... Cepat dapat hasil, senang nak jaga
HARGA sayur sayuran dijangka naik mendadak dalam masa terdekat, sekali gus memberi impak kepada kos perbelanjaan isi rumah.
Perkara itu dikongsikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dengan menyarankan masyarakat agar menanam sayur di rumah secara semula jadi, menggunakan kompos daripada sisa dapur yang boleh membantu menjimatkan kos.
Difahamkan, harga sayur boleh melonjak sehingga 50 peratus.
Justeru seorang pengguna Threads dikenali sebagai Kak Intan tampil berkongsi pengalaman dengan menyarankan masyarakat untuk menanam sayur sendiri.

"Kalau perang atau harga sayur naik, mak-mak kena tanam tujuh benda (sayur) ni je kat rumah. Rumah terus dah ada stok dapur, murah dan selamat," kongsinya.
Wanita itu turut berkongsi tentang tujuh jenis sayur itu sambil memberikan alasannya sendiri mengapa ia disaran ditanam.

1.Kangkung
Kangkung antara sayur cepat membesar mengambil masa antara 14 hingga 21 hari sahaja, mudah juga dipotong dan tumbuh semula.
MENARIK DIBACA: Tuan rumah hidang belangkas, influencer teruja pertama kali cuba menu eksotik... “Macam mana cara makan?”
MENARIK DIBACA: Mudahnya buat lemon cheesecake, tak perlu guna oven... Confirm sedap!
Sayur ini juga sesuai ditanam dalam pasu atau secara hidroponik.

2. Ubi kayu
Pokok ubi tahan lasak, hampir tak memerlukan penjagaan rapi.
Boleh dinikmati secara rebus, goreng atau dalam dibuat masak lemak.

3. Ubi keledek
Cepat dituai dalam tempoh tiga bulan. Pokok ini juga tahan panas dan kurang diganggu serangga.
Selain ubi, daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam.

4. Kacang panjang atau kacang bendi
Cepat berbuah, tak makan ruang banyak malah serbaguna dalam aneka masakan di rumah.

5. Serai
Ini antara pokok mudah dijaga, tahan lama dan serba boleh.
Selain digunakan dalam masakan, serai juga boleh dijadikan sebagai aroma dalam minuman atau dijadikan ubat alternatif.

6. Kunyit atau halia
Boleh dibuat rempah dan ubat, malah pokok ini juga mudah ditanam kerana ia tahan panas dan hidup lama.

7. Cili
Cili antara bahan basah mengalami kenaikan harga mendadak dan lebih berbaloi jika ditanam sendiri.
Pokok ini antara sayur penting untuk kebanyakan menu harian masyarakat tempatan.