KUALI | Tip & Trik

Sukatan bahan asas memasak untuk rumah terbuka... Elak masalah membazir, makanan tak cukup

Lead Image

MUSIM perayaan memang sinonim dengan jemputan rumah terbuka dan aneka juadah lazat yang dihidangkan penuh meja untuk tetamu. 

Bagi yang tidak biasa memasak dalam kuantiti banyak, mesti timbul perasaan cemas kerana risau hidangan disediakan untuk majlis rumah terbuka tidak enak seperti biasa.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Hanis Mohamad tampil berkongsi sukatan bahan masakan mengikut jumlah undangan bagi memudahkan tuan rumah untuk menyediakan bahan sebelum memasak.

Guna sukatan masakan tepat untuk mengelak makanan dihidangkan tidak cukup buat undangan.

Kongsi lelaki itu, penggunaan sukatan betul juga dapat mengelak daripada pembaziran juga masalah makanan tidak cukup. 

Berikut adalah nisbah sukatan yang dianggarkan oleh bapa kepada empat anak itu secara ringkas:  

1kg beras : 10 tetamu 

1kg beras Basmathi : 12 tetamu 

MENARIK DIBACA: Tak guna belacan pun sambal totok Jawa tetap ‘menyala’, makan pula dengan nasi panas-panas

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar ulam, ini fungsi timun dalam asam pedas dan masak lemak

1kg daging (masakan berkuah) : 10 tetamu  

1 ekor ayam (potong 16) : 12 tetamu 

1 paket mi kuning : 6 tetamu 

Perkongsian seorang lelaki berkenaan sukatan bahan masakan mendapat pujian warganet.

350g bihun : 8 tetamu 

1 liter (kari/sup) : 4 tetamu 

1 paket spageti (bolognese atau carbonara) :  8 tetamu, (aglio olio) : 5 tetamu 

1kg beras pulut : 12 tetamu 

Laksa antara hidangan wajib setiap tuan rumah membuat rumah terbuka .

1.5kg udang (anggaran 20-30 ekor) : 10 tetamu 

1.5-2kg ikan tenggiri (potongan 10-15) : 10 tetamu 

1kg-1.5kg (2-3 bungkus) laksa kering/basah : 10 tetamu

1kg-1.5kg kuah laksa (ikan selayang/kembung) : 10 tetamu 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Krisis Asia Barat: Tanam 7 sayur mudah tumbuh ini di rumah... Cepat dapat hasil, senang nak jaga

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Dah tekan kuat, pintu peti sejuk masih tak rapat? Cuba trik ini agar getahnya kembali berfungsi

Terhangat