KUALI | Tip & Trik

Tak perlu guna racun... 3 bahan dapur ini boleh bantu singkirkan kulat di rumah

MUNGKIN ada di antara anda yang menghadapi masalah siling rumah yang penuh dengan tompokan kulat.

Biasanya, kulat ini muncul di kawasan yang lembap dan sering kali disebabkan oleh kebocoran sistem saliran air di bumbung.

Kulat pada siling bukan sahaja menjengkelkan, malah boleh menjejaskan kesihatan jika dibiarkan terlalu lama.

Kulat pada siling rumah terhasil apabila sistem saluran air bocor.

Jangan risau! Sebenarnya terdapat beberapa cara mudah untuk mengembalikan siling rumah anda kepada keadaan bersih dan sihat menggunakan bahan dapur sahaja. 

Mudah, mesra alam dan selamat digunakan.

Dengan kaedah ini, anda boleh membersihkan siling dengan berkesan tanpa bergantung kepada bahan kimia keras.

MENARIK DIBACA:  DIY sabun cuci lantai guna 3 bahan dapur... Simpan dalam botol jadikan stok, dah tak perlu beli sabun

MENARIK DIBACA: 5 pilihan tip simpan udang... Kekal segar lepas berhari-hari, tekstur pun tak 'lari'

Cuka putih membantu menghapus pembiakan spora kulat.

1. Cuka putih

Cuka terkenal dengan sifat antibakteria dan antikulat semulajadi. 

Hanya tuangkan cuka ke dalam botol semburan dan sembur pada kawasan berkulat. 

Biarkan selama satu hingga dua jam tanpa dibilas kerana cuka akan terus membunuh spora kulat.

Penggunaan serbuk penaik dapat membantu menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Serbuk penaik

Selain itu, penggunaan serbuk penaik juga boleh membantu menghapus pembiakkan kulat.

Larutkan sedikit serbuk penaik dalam air dan sembur pada kawasan yang berkulat. 

Gosok perlahan menggunakan span atau berus lembut sebelum dilap dengan kain basah. 

Untuk kesan lebih menyeluruh, sembur sedikit larutan serbuk penaik lagi dan biarkan siling kering. 

Selain menghapuskan kulat, teknik ini juga membantu menghilangkan bau kurang menyenangkan.

Air lemon yang mengandungi asid sitrik membantu membersihkan kotoran kulat.

3. Air lemon

Air lemon turut berguna kerana mengandungi asid sitrik yang bersifat antibakteria. 

Jus lemon segar dicampur sedikit air boleh disembur pada kulat kemudian biarkan seketika sebelum dilap dengan kain bersih. 

Selain membersihkan, ia turut meninggalkan aroma segar di rumah.

Semasa membersihkan siling, pastikan anda memakai sarung tangan dan topeng mulut untuk mengelakkan terhidu spora kulat. 

Selepas proses pembersihan, biarkan siling kering sepenuhnya supaya kulat tidak tumbuh semula. 

Namun, jika kulat sudah tebal atau siling mengalami kerosakan adalah lebih selamat untuk mendapatkan bantuan profesional.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Geli ada tahi di telur ayam, tapi jangan sesekali basuh dulu sebelum simpan di peti sejuk!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Elak pembaziran cawan plastik semasa rumah terbuka, wanita ini tulis nombor... Siap gurau ada cabutan bertuah

Terhangat