KUALI | Tip & Trik

Geli ada tahi di telur ayam, tapi jangan sesekali basuh dulu sebelum simpan di peti sejuk!

Lead Image

PERASAN tak telur ayam yang dipamerkan di kedai atau pasar raya nampak kotor kerana tidak dicuci sebelum dijual.

Malah ada telur ayam masih mempunyai najis yang tidak dibersihkan walaupun telah dimasukkan ke dalam bekas menyimpan telur dan disusun di rak jualan.

Ada pelanggan mungkin akan anggap telur ayam yang tidak dibasuh terlebih dahulu sebelum dijual sebagai menjijikkan atau lebih teruk menuduh penjual malas untuk mencucinya.

Penternak dan penjual telur ayam ini menerangkan sebab telur tidak boleh dibasuh sebeum disimpan.

Namun, ternyata ada sebab tersendiri mengapa telur ayam yang dijual itu tidak dicuci dahulu sebelum dijual.

Menerusi perkongsian seorang penternak dan penjual telur ayam @shinclucksmy di Instagram miliknya, wanita berbangsa Cina itu menerangkan sebab ia tidak boleh dicuci sebelum disimpan.

Katanya, telur ayam mempunyai selaput semula jadi untuk melindunginya daripada serangan bakteria.

MENARIK DIBACA:Ramai pelik harga barang dapur murah sangat, diskaun 'gila-gila' - “Ada apa sebenarnya?”

MENARIK DIBACA:Maryam amal minum 6 jus detoks... Setiap satu ada manfaat kesihatan tubuh, kulit

"Jangan basuh telur sebelum simpan!

"Telur segar sebenarnya mempunyai pelindung semula jadi yang dipanggil kutikula atau 'bloom', iaitu satu lapisan yang menutup liang pori (pores) pada kulit telur.

"Pelindung semula jadi ini fungsinya menghalang bakteria daripada masuk ke dalam telur," jelasnya.

Tambahnya lagi, telur ayam yang dibasuh akan menyebabkan lapisan perlindungan itu akan hilang dan memudahkan bakteria masuk dan mencemari telur.

Cukup sekadar mengelap telur ayam dengan tisu atau kain bersih sebelum disimpan.

Tambahnya, telur ayam yang tidak dibasuh sebenarnya lebih tahan lama walaupun terdedah pada suhu bilik.

"Sebab itu di Malaysia, telur ayam mentah dijual tanpa dibasuh supaya akan tahan lebih lama.

"Jadi cara terbaik adalah, basuh telur bila hendak digunakan.

"Kongsi video ini dengan mak korang sebelum dia basuh semua telur!" katanya.

Tips pengurusan telur yang betul:

  1. Jangan basuh telur sebaik sahaja membelinya.
  2. Basuh telur hanya apabila mahu digunakan atau dimasak.
  3. Jika kotor, cukup sekadar mengelapnya dengan tisu kering atau kain bersih.
  4. Simpan dalam peti sejuk, sebaik-baiknya di dalam bekas tertutup atau karton asalnya untuk mengelakkan pencemaran silang.
  5. Simpan bahagian tumpul telur di atas untuk mengekalkan kesegaran.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dah tekan kuat, pintu peti sejuk masih tak rapat? Cuba trik ini agar getahnya kembali berfungsi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tak perlu guna racun... 3 bahan dapur ini boleh bantu singkirkan kulat di rumah

play

Terhangat