KUALI | Selebriti

Maryam amal minum 6 jus detoks... Setiap satu ada manfaat kesihatan tubuh, kulit

Lead Image

BERAT badan naik ketika musim perayaan memang perkara biasa, maklumlah sajian di rumah terbuka semuanya sedap-sedap belaka!

Pempengaruh Maryam Yoo Narae berkongsi rahsia bagaimana dia mengekalkan bentuk badan dengan mengamalkan jus detox buah-buahan.

Menurutnya, setiap sayuran dan buah-buahan yang digunakan mempunyai fungsi serta manfaat kesihatan khusus.

Perkongsian Maryam di laman Threads.

Dia memberi contoh daun saderi yang membantu mengurangkan perut kembung, manakala timun mengekalkan hidrasi ketika cuaca panas. 

Gabungan halia, kayu manis dan avocado pula membantu mengekalkan kecergasan tubuh serta kecantikan dalaman.

"Berat naik lepas raya, 'settle' dengan ini (senarai sayur dan buah). Tapi sekarang kena minum diam-diam… Rina (anak) asyik nak curi je!" katanya di laman Threads.

Berikut dikongsikan resipi jus buah-buahan sihat perkongsian Maryam Yoo Narae:

MENARIK DIBACA: Jus kunyit bantu cerahkan kulit, kalau tak sanggup ‘telan’ boleh cuba resipi ini

MENARIK DIBACA: Nikmatnya dapat teguk jus tembikai laici pudina selepas seharian tahan dahaga

Bahan-bahan:

  • 1 batang saderi
  • 1 biji timun
  • Setengah biji avocado
  • 1 inci halia
  • Segenggam anggur hijau
  • Setengah biji lemon
  • 1 sudu serbuk kayu manis

Cara penyediaan:

  1. Potong semua bahan kepada kepingan kecil.
  2. Kisar halus semua bahan.
  3. Tuang jus ke dalam gelas dan masukkan serbuk kayu manis.
  4. Kacau rata sebelum diminum.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] Ryan Bakery kenang zaman susah, isteri masakkan telur masak kicap - "Ada duit lebih dia buat ayam"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

11 tip memasak pernah dikongsi artis, chef... Peminat ingat dan amalkan sampai sekarang

Terhangat