KUALI | Minuman
Nikmatnya dapat teguk jus tembikai laici pudina selepas seharian tahan dahaga
SELAIN berbuka dengan air kosong dan kurma, ramai memilih jus buah-buahan sebagai pembuka selera sebelum menjamah hidangan berat.
Jika mahukan sedikit kelainan, apa kata anda cuba jus tembikai laici bersama pudina yang bukan sahaja menyegarkan, malah kaya rasa dan aroma.
Selain menghilangkan dahaga, kandungan air yang tinggi dalam tembikai membantu menghidrasi badan selepas seharian berpuasa.

Lebih menarik, penyediaannya cukup mudah dan tidak mengambil masa lama.
MENARIK DIBACA: Tak payah bazir duit beli di kafe... Resipi frozen coffee senang sangat, hanya perlu 3 bahan
MENARIK DIBACA: Rasa dan keharuman teh buah pelaga menenangkan, jom belajar cara membuatnya
Bahan-bahan:
- 3 cawan isi tembikai (dipotong kiub, buang biji)
- 1 cawan buah laici dalam tin (asingkan sedikit airnya)
- 2 hingga 3 sudu besar air laici (ikut kesesuaian)
- 5 hingga 8 helai daun pudina segar
- 1 sudu besar jus lemon (ikut kesesuaian jika mahu rasa masam segar)
- Ais secukupnya
- Sedikit madu atau gula (jika perlu)
Cara penyediaan:
- Masukkan isi tembikai ke dalam pengisar.
- Tambahkan buah laici bersama sedikit air laici.
- Kisar sehingga halus dan sebati.
- Masukkan daun pudina dan jus lemon dalam jag dan tuan bahan yang telah dikisar.
- Rasa terlebih dahulu. Jika kurang manis, boleh tambah sedikit madu atau gula.
- Tuang ke dalam gelas berisi ais dan hias dengan hirisan laici atau daun pudina sebelum dihidangkan.
