KUALI | Minuman
Resipi jus epal dan markisa kena cuba, rasa masam manis memang ngam!
BUAH markisa kaya dengan vitamin C, serat, dan antioksidan yang baik untuk sistem imun, kesihatan kulit, serta pencernaan.
Apabila digabungkan dengan buah epal hijau yang juga tinggi serat terhasilah satu minuman yang bukan sahaja menyegarkan, malah berkhasiat.
Kombinasi rasa masam-manis epal hijau dan aroma unik buah markisa pasti membuatkan tekak segar.
Yang menariknya, resipi ini sangat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk dinikmati bila-bila masa!

Bahan-bahan
- 2 biji epal hijau
- 2 biji buah markisa
- 1 sudu besar gula (boleh laras ikut citarasa)
- 3 cawan air tapis
- Ketulan ais secukupnya
MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi air soda laici, rasa pedas manis menyegarkan tekak
MENARIK DIBACA: Tak perlu ubi keledek, ini resipi kuah pasembur guna biskut Marie
Cara penyediaan
- Potong epal hijau kepada beberapa bahagian dan kisar bersama sedikit air untuk mendapatkan jusnya.
- Belah buah markisa dan ambil isinya.
- Masukkan isi markisa ke dalam jus epal yang telah ditapis. Kacau rata.
- Masukkan gula mengikut citarasa dan tambah ais secukupnya. Sedia dihidang
- Tip: Untuk rasa lebih pekat, boleh gunakan epal yang manis sedikit atau tambah sedikit madu.