KUALI | Minuman

Kena cuba resipi air soda laici, rasa pedas manis menyegarkan tekak

Lead Image

AIR soda laici merupakan minuman popular kerana rasanya manis, menyegarkan dan mudah disediakan. 

Gabungan buah laici dengan soda berkarbonat menjadikan minuman ini sesuai dinikmati ketika cuaca panas atau sebagai hidangan di majlis santai.

Keunikan air soda laici terletak pada kesegaran buahnya. 

Gabungan rasa manis laici cukup lengkap dicampur dengan air soda.

Rasa manis laici yang tidak terlalu kuat digabungkan dengan soda berkarbonat memberikan sensasi sejuk dan menyegarkan.

Menariknya, ada juga yang mengubah suai minuman ini dengan meletakkan cili untuk memberi rasa pedas ‘manja’. 

Walaupun kelihatan agak unik, minuman ini sebenarnya sangat menyegarkan dan sesuai diminum ketika cuaca panas.

MENARIK DIBACA: Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

MENARIK DIBACA: Resipi puding buah naga berkhasiat, sesuai untuk bayi mula belajar makan

Bahan-bahan

  • 1 botol air soda
  • 3 sudu besar sirap laici
  • 4 biji buah laici 
  • Ais secukupnya
  • Lemon/limau kasturi

Cara penyediaan

  1. Masukkan ais ke dalam gelas sehingga penuh.
  2. Tuangkan sirap laici ke dalam gelas.
  3. Masukkan buah laici.
  4. Tuang air soda secara perlahan-lahan untuk mengekalkan gas.
  5. Kacau perlahan, masukkan lemon dan tambahkan cili jika mahu kelainan dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Resipi jus epal dan markisa kena cuba, rasa masam manis memang ngam!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Sirap sarbat minum sejuk-sejuk memang sedap, boleh buat Ramadan nanti

Terhangat