KUALI | Minuman

Sirap sarbat minum sejuk-sejuk memang sedap, boleh buat Ramadan nanti

Lead Image

SIRAP sarbat atau ayaq tingkap merupakan minuman popular dari Pulau Pinang. 

Dihasilkan daripada rebusan akar sarbat, gula dan daun pandan, aroma wangi minuman ini cukup menyegarkan.

Nak lagi sedap hidangkan bersama ais, air kelapa dan bahan tambahan seperti biji selasih, bunga kembang semangkuk dan getah anggur. 

Kombinasi ini bukan sahaja melegakan tekak tetapi menambahkan tekstur dan rasa unik dalam setiap tegukan.

Kombinasi herba kering menambahkan kesegaran aroma dan rasa.

Bahan-bahan

  • 1 peket akar sarbat 
  • 5 helai daun pandan
  • 300 gram gula
  • Pewarna makanan merah/ sirap ros
  • 1000 ml air
  • Biji selasih
  • Bunga kembang semangkuk
  • Air kelapa muda dan isi kelapa
  • Ais batu atau ais kepal secukupnya

MENU DIBACA: Resipi smoothie beri hitam dan kranberi tinggi antioksidan, permulaan gaya hidup sihat

MENU DIBACA: Resipi air katira mudah dibuat tanpa bahan pewarna, tambah air mawar lagi wangi

Cara penyediaan

  1. Masukkan akar sarbat, daun pandan, gula dan air ke dalam periuk. 
  2. Masak hingga mendidih sambil dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
  3. Biarkan bahan-bahan direbus sehingga mengeluarkan aroma wangi. 
  4. Tambahkan pewarna makanan merah mengikut kepekatan warna yang diinginkan. Boleh gantikan pewarna dengan sirap ros.
  5. Teruskan memasak sehingga air rebusan sedikit surut dan bau sarbat semakin kuat.
  6. Tutup api, biarkan sejuk sepenuhnya, kemudian tapiskan sirap sarbat.
  7. Biji selasih, bunga kembang semangkuk dan getah anggur perlu direndam dalam air sehingga kembang sebelum digunakan.
  8. Masukkan ais batu atau ais kepal ke dalam gelas.
  9. Tuangkan sirap sarbat secukupnya, kemudian tambah air kelapa bersama isi kelapa muda.
  10. Tambahkan biji selasih, bunga kembang semangkuk dan getah anggur mengikut citarasa.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Kena cuba resipi air soda laici, rasa pedas manis menyegarkan tekak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Resipi smoothie beri hitam dan kranberi tinggi antioksidan, permulaan gaya hidup sihat

Terhangat