KUALI | Viral

Kisah hidup terbongkar gara-gara motosikal rosak, ramai nak serbu kedai seafood tempat lelaki ini bekerja

Lead Image

KISAH seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Dicky Yau yang motosikalnya mengalami kerosakan pada tengah malam di sekitar kawasan Petaling Jaya membuatkan ramai tersentuh hati.

Menerusi video yang tular, Dicky telah menghubungi seorang mekanik dikenali 'abang minyak hitam jalanan' yang sanggup datang ke lokasi untuk membantu membaiki motosikalnya yang rosak.

Apa yang membuatkan situasi bertukar hiba apabila mekanik tersebut memutuskan untuk tidak mengambil apa-apa bayaran terhadap lelaki itu kerana sedar tentang kekangan kewangan yang dihadapinya.

Rentetan tularnya video yang meruntun hati seluruh rakyat Malaysia itu, identiti lelaki itu terdedah yang mana dia merupakan seorang bapa tunggal yang bekerja di restoran makanan laut GalahGala Seafood Restaurant di pusat beli-belah KL East Mall, Kuala Lumpur.

Rata-rata netizen menyuarakan sokongan untuk datang makan ke restoran tempat Dicky bekerja.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan dalam akaun Instagram GalahGala Seafood Restaurant, pihak restoran menzahirkan penghargaan kepada mekanik tersebut yang bermurah hati membantu pekerjanya.

Menurut kenyataan GalahGala Seafood Restaurant, disebabkan kejadian itu ramai pelanggan datang sebagai tanda sokongan terhadap Dicky.

"Ramai kata mereka nak datang (ke restoran) untuk menyokong staf kami, Dicky. Kami benar-benar terharu.

"Dia (Dicky) seorang yang sangat rajin dan sentiasa bekerja keras setiap hari.

"Terima kasih kepada 'abang minyak hitam jalanan' kerana membantu Dicky di saat dia memerlukan," tulis hantaran tersebut.

MENARIK DIBACA: Sotong goreng kunyit elok kejadian! 'Jaga' api, tempoh masak agar tak liat dan kecut

MENARIK DIBACA: Lambakan kedai ayam gepuk di Malaysia! Ramai anggap nasi tomato, nasi lemak bagai terpinggir

Dalam hantaran sama, pihak restoran turut berjanji untuk memberikan layanan dan hidangan terbaik jika mekanik tersebut berkunjung ke sana.

"Kalau anda datang, kami akan pastikan setiap hidangan disediakan sebaik mungkin, penuh teliti dan dari hati.

"Setiap sokongan yang anda beri, kami akan sampaikan kepada Dicky," kongsinya.

Ribuan netizen turut membanjiri ruangan komen bagi menyatakan sokongan bukan sahaja kepada Dicky, bahkan kepada restoran tempat dia bekerja.

Dia (Dicky) seorang yang sangat rajin dan sentiasa bekerja keras setiap hari

majikan

Rata-rata netizen menyatakan hasrat mahu datang dan makan di restoran tersebut sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Malah, ramai juga pelanggan yang pernah menikmati hidangan seafood di restoran berkenaan, memuji keenakan makanan yang ditawarkan di sana.

"Esok saya dan isteri akan makan 'lunch' kat restoran Dicky bekerja. See you soon!

"We are coming for you Dicky!

"Ikan steam dia sedap, noodle udang galah pun sedap, mango pomelo dia pun sedap. Semualah sedap!" antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Negara berbelanja besar import beras, individu dedah punca industri padi tempatan masih ketinggalan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Pameran Kafe dan Minuman Antarabangsa 2026 kembali gegar KL, himpun 650 jenama terkenal dunia

Terhangat