KUALI | Tradisi

Sotong goreng kunyit elok kejadian! 'Jaga' api, tempoh masak agar tak liat dan kecut

Lead Image

NAK masak sotong yang lembut, 'juicy' dan tak liat sebenarnya ada rahsianya.

Paling penting untuk anda tahu, ia tak perlukan masa lama pun! 

Dengan teknik yang betul, hidangan sotong boleh siap dalam masa kurang 10 minit sahaja, malah rasanya tetap sedap dan tekstur sotong tidak kecut serta liat.

Resipi ringkas ini bukan sahaja mudah diikuti, malah menggunakan bahan dapur biasa yang pasti ada di rumah.

Jom cuba resipi sotong goreng kunyit cili padi yang cukup menyelerakan ini, lengkap dengan tip penting supaya sotong tidak keras seperti mana yang diajar pempengaruh masakan, farahatika_ dalam Instagram miliknya.

Masa yang diperlukan untuk menyiapkan hidangan ini cuma 10 minit sahaja.

Bahan-bahan

  • Sotong putih (dicuci dan dipotong kecil)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Belimbing buluh/asam keping
  • Minyak masak

MENARIK DIBACA: Ingatkan pisang tanduk dah cukup besar, rupanya saiz pisang 'gergasi' Hua Moa lebih mantap

MENARIK DIBACA: Chacha Maembong cuma tahu masak kurma, ada alasan tak makan belacan

Langkah penyediaan

  1. Gaul sotong bersama serbuk kunyit, serbuk cili dan garam sehingga rata.
  2. Panaskan minyak lalu goreng sotong. Goreng dengan api besar selama dua minit.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Kemudian kacau sehingga rata selama satu minit.
  4. Masukkan satu sudu besar sos tiram, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau lagi selama satu minit.
  5. Masukkan belimbing buluh yang dibelah dua. Jika tidak ada boleh gantikan dengan asam keping, lalu kacau selama dua minit.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Pastikan proses memasak tidak lebih dari10 minit

Tip sotong tidak kecut dan tidak liat:

  1. Gunakan api besar semasa menggoreng sotong selama dua minit.
  2. Selepas dua minit, guna api sederhana dan masukkan bahan-bahan lain.
  3. Pastikan sotong tidak digoreng lebih dari 10 minit kerana sotong akan menjadi liat dan kecut.
  4. Tidak perlu tambah air sebab sotong akan mengeluarkan air semasa digoreng.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Sardin telur pecah lauk paling mudah dimasak, menu ringkas tapi nikmat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Mi Champa pedas tapi nikmat... Dah berpeluh tetap nak lagi, sedar-sedar licin semangkuk

Terhangat