Sardin telur pecah lauk paling mudah dimasak, menu ringkas tapi nikmat
KALAU makan nasi berlaukkan sardin, memang ramai dalam kalangan kita akan menggoreng telur mata atau telur dada sebagai pelengkap selera.
Menariknya, resipi sardin telur pecah perkongsian Hisham Raus ini lebih mudah kerana telur tidak perlu digoreng asing sebaliknya dimasak terus bersama sardin dalam satu kuali sahaja.
Gabungan sardin dan telur sebenarnya menjadikan hidangan ringkas ini terasa cukup sempurna dari segi rasa.
Apatah lagi bila dinikmati panas-panas bersama nasi putih dan kicap manis, memang tak cukup sepinggan.

Bahan-bahan
- Sardin 1 tin
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kicap manis
- Garam
- Cili padi
- Daun ketumbar
- Limau nipis
- Telur
MENARIK DIBACA: Berat sama, harga beza! Rupanya ada sebab sardin tin leper lebih mahal dari jenis menegak
MENARIK DIBACA: Mak-mak sibuk pun boleh masak asam laksa 'power', guna sardin tin boleh makan satu keluarga
Cara penyediaan
- Pertama sekali, asingkan ikan sardin daripada kuahnya.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan sardin seketika sehingga sedikit garing di luar. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, gunakan baki minyak tadi untuk menumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
- Seterusnya, masukkan semula kuah sardin, sedikit air, kicap manis dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
- Bila kuah sudah mendidih dan sebati, masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Hancur-hancurkan sedikit.
- Kemudian, pecahkan telur dan masukkan terus ke dalam kuah. Biarkan seketika sebelum dikacau perlahan supaya telur ‘pecah’ dan sebati dalam kuah sardin.
- Akhir sekali, taburkan hirisan bawang merah, cili padi, sedikit perahan limau nipis dan daun ketumbar sebagai sentuhan akhir yang menaikkan aroma.