KUALI | Viral

Ofis buat makan-makan, wanita sedih jadi orang terakhir disuruh bawa balik makanan tak 'laku'

Lead Image

JAMUAN makan di pejabat sepatutnya menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja sambil berkongsi juadah dalam suasana harmoni.

Bagaimanapun perkongsian seorang wanita di Threads mengenai tindakan rakan sekerjanya yang memberikan lebihan makanan selepas jamuan makan di pejabat mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut wanita itu, pada awalnya rakan sekerja menganjurkan acara makan-makan di pejabat dan dia diajak secara sambil lewa.

“Ofis buat makan-makan dan dia cuma ajak-ajak ayam, jadi saya tolak cara baik. Sebab ye la, I’m not in their plan kan?” tulisnya.

Bagaimanapun selepas jamuan berlangsung, ada makanan yang dipesan tidak habis dan terdapat satu hidangan langsung tidak disentuh oleh kumpulan yang menyertai acara itu.

Dia kemudian terdengar salah seorang daripada mereka dalam kumpulan itu bertanya seorang demi seorang siapa mahu makanan tersebut, malah soalan sama turut diajukan kepada ketua mereka.

Selepas semua termasuk 'big boss' menolak, individu itu didakwa datang ke mejanya lalu menyerahkan makanan tersebut sambil berkata: “Nah… this is for you. Using office money… ambil je.”

MENARIK DIBACA: Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'

MENARIK DIBACA: [V] Ramai sanggup beratur panjang demi nasi goreng 'simple', tukang masak tak menang tangan

Wanita itu mengakui sedih kerana menyedari dirinya dijadikan pilihan terakhir selepas orang lain menolak makanan berkenaan.

“Saya tahu ia perkara kecil, tapi sedih juga dijadikan last option campur ayat confident dia tu. Bukannya saya 'hamak' sangat leftover food tu,” luahnya.

Dalam perkongsian susulan, wanita itu menjelaskan bahawa dia tetap mengambil makanan itu kerana tidak suka membazir dan menganggap makanan sebagai sebahagian daripada rezeki.

Jamuan makan seharusnya menjadi platform mengeratkan hubungan antara rakan kerja.

“Ya, saya ambil je sebab saya jenis tak suka directly buang makanan, kan makanan tu part of rezeki juga. This ‘someone’ actually is so nice to me, cuma saya agak terkejut bila momen itu berlaku,” katanya.

Dia turut menegaskan bahawa dia tidak berdendam terhadap individu tersebut dan hanya menganggap perkara itu sebagai satu pengajaran buat dirinya, selain menjelaskan makanan itu masih dalam bekas kecil yang belum dibuka.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memahami perasaan wanita itu dan berpendapat tindakan tersebut boleh mengguris hati walaupun nampak remeh.

“Jangan ambil sis, kita bukan penghabis sisa makanan orang.

“Gamaknya kan buat begitu, ingat kita kebulur sangat ke makanan yang diaorang tak habis tu.

“Letak je atas meje. Esok dia datang buang cakap tertinggal pastikan buang depan mata dia,” antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Louis Vuitton kolaborasi dengan cef terbaik keluarkan sapuan coklat premium, botol kosong pun laku keras!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

100 cef pecahkan rekod hasilkan tiramisu terpanjang di dunia! Guna lebih 100,000 biskut, 3,000 biji telur

Terhangat