KUALI | Dunia

100 cef pecahkan rekod hasilkan tiramisu terpanjang di dunia! Guna lebih 100,000 biskut, 3,000 biji telur

Lead Image

BAYANGKAN tiramisu gergasi sepanjang 440.6 meter dengan anggaran berat kira-kira empat tan terhidang di depan mata!

Itulah rekod terbaharu yang berjaya dicipta sekumpulan cef pastri dari Itali yang menghasilkan tiramisu dengan ukuran luar biasa, sekali gus memecahkan rekod dunia, Guinness World Records sebagai tiramisu terpanjang yang pernah dihasilkan.

Acara yang berlangsung di Chelsea Old Town, London, England itu pada Isnin sekali gus memadamkan rekod terdahulu yang dicipta di Milan, Itali pada 2019 dengan ukuran 273.5 meter.

Seramai 100 cef pastri dari Itali terlibat menghasilkan tiramisu bersaiz gergasi ini.

Memetik laporan agensi berita antarabangsa, BBC News, seramai 100 cef pastri Itali yang berpangkalan di England bekerjasama di bawah pimpinan Mirko Ricci, iaitu pakar kulinari Itali yang juga merupakan seorang tokoh utama di sebalik pelbagai cubaan memecahkan rekod dunia Guinness berkaitan pencuci mulut Itali.

Para cef yang terlibat mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan tiramisu gergasi itu sambil disaksikan ratusan penonton yang turut hadir memberikan sokongan.

Jumlah bahan yang digunakan untuk menyempurnakan hasrat memecahkan rekod dunia itu juga cukup luar biasa.

MENARIK DIBACA:Perap guna susu, 2 kali celup tepung rahsia ayam goreng rangup di luar, 'juicy' di dalam

MENARIK DIBACA:Beli kuali baharu, mahal atau murah jangan terus guna! Ikut tip ini elak masakan melekat

Untuk menyiapkan tiramisu tersebut, kira-kira 152,000 batang biskut 'ladyfinger' (saviorardi) telah digunakan. Antara bahan lain termasuklah 1,843 kilogram (kg) mascarpone, 3,000 biji telur, 99kg kopi dan 60kg serbuk koko.

Selain memiliki panjang yang luar biasa, tiramisu yang dihasilkan juga memiliki ketinggian mencecah kira-kira lapan sentimeter (cm) dan lebar 15cm untuk memenuhi piawaian Guinness World Records.

Selain mengumpul dana, acara ini turut dibuat bagi memberi penghargaan kepadaRaja Charles III dan keluarga Diraja Britain.

Selepas disahkan oleh pengadil rekod, tiramisu tersebut dipotong dan dijual pada harga £10 (kira-kira RM60) sepotong sebagai 'tiket masuk' kepada penonton yang datang ke acara tersebut.

Duit yang diperoleh itu pula akan dikumpulkan untuk tujuan dana bagi Yayasan Kebajikan Esharelife Foundation, iaitu sebuah pertubuhan seni, budaya, dan kulinari yang membantu komuniti memerlukan di seluruh dunia.

Selain itu, rekod ini juga didedikasikan sebagai penghormatan kepada Raja Charles III dan keluarga Diraja Britain.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ofis buat makan-makan, wanita sedih jadi orang terakhir disuruh bawa balik makanan tak 'laku'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Lelaki Jepun kongsi cara buat sashimi guna 'ikan-ikan Malaysia', puji hasilnya enak

Terhangat