KUALI | Petua

Tak ramai tahu kulit buah salak rupanya boleh dijadikan penawar sakit diabetes, sembelit

Lead Image

SIAPA tidak kenal dengan buah salak?

Buah tropika yang boleh ditemui di negara-negara Asia Tenggara ini turut dikenali dengan nama 'snake fruit' kerana tekstur kulitnya bersisik, sama seperti ular.

Isinya agak rangup berwarna putih atau kuning dengan rasa manis namun sedikit kelat.

Kulit buah salak direbus untuk dijadikan minuman bagi masalah diabetes.

Buah salak memiliki banyak khasiat yang baik untuk tubuh seperti serat yang tinggi, zat besi serta kalsium untuk membantu menguatkan tulang.

Tapi ramai tidak tahu, kulitnya yang dibuang kerana dianggap sampah turut memiliki manfaat tersendiri, terutama untuk dijadikan ubat tradisional bagi penghidap diabetes dan mengatasi masalah sembelit.

Menerusi perkongsian di laman Facebook JSR Zaidul Akbar, kulit buah salak disifatkan sebagai 'emas' yang tidak diketahui ramai.

MENARIK DIBACA: [V] Diana Danielle masih cari formula berbelanja jika harga barang terus naik, akui sukar nak menabung

MENARIK DIBACA: Beli kuali baharu, mahal atau murah jangan terus guna! Ikut tip ini elak masakan melekat

Menurut kajian, kulit buat salak mengandungi nutrisi dikenali sebagai pterostilben, iaitu zat yang membantu menurunkan kadar bacaan glukosa dalam darah serta membantu membaiki fungsi pankreas yang berfungsi menghasilkan enzim pencernaan untuk memecahkan makanan dan hormon seperti insulin.

Bukan hanya baik untuk penghidap diabetes, kulit buah salak juga membantu mengatasi masalah sembelit serta menjaga kesihatan mata.

Cara buat minuman penawar dari kulit buah salak:

  1. Cuci bersih kulit buah salak yang dikupas.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama kira-kira dua cawan air.
  3. Rebus sehingga mendidih dan biarkan air rebusan mengering sehingga bakinya tinggal untuk satu gelas sahaja.
  4. Minum sekali sehari dan amalkan secara konsisten.

Sekadar peringatan, maklumat yang dikongsikan ini berdasarkan kajian tradisional.

Pesakit diabetes dinasihatkan untuk sentiasa memantau gula dalam darah dan berbincang dengan doktor mengenai pemakanan terbaik.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Perut kembung, muka sembap petanda gemuk air... Cuba 2 herba ini, badan terus rasa ringan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Batuk tak baik-baik, siap gatal tekak... Cuba petua minum air sarsi dengan aiskrim

Terhangat