Perut kembung, muka sembap petanda gemuk air... Cuba 2 herba ini, badan terus rasa ringan
RAMAI sebenarnya tidak sedar bahawa masalah badan terasa berat, muka sembap dan perut kembung bukan semata-mata berpunca daripada lemak berlebihan tetapi juga boleh disebabkan oleh 'gemuk air'.
Keadaan ini sering berlaku apabila badan menyimpan lebihan air yang seterusnya menyebabkan rasa tidak selesa seperti kembung, sembelit dan badan terasa berat.
Seorang pengguna di Threads menarik perhatian ramai apabila berkongsi petua menggunakan gabungan dua jenis herba bagi membantu mengurangkan masalah tersebut.
Menurutnya, herba berkenaan dipercayai membantu mengurangkan kesemua ketidakselesaan dan cara penyediaannya juga mudah iaitu dengan merendam herba.
Campuran herba yang digunakan adalah kiub premium 'fu ling' dan 'lotus leaf tea'.
Wanita yang dikenali sebagai Jane Abdul Al-Qassem itu tidak keberatan berkongsi cara penyediaan minuman herba tersebut..

"Untuk rujukan saya sendiri. Kalau rasa badan banyak air, gemuk air, kembung dan sembelit boleh cuba gabungkan dua herba ini dalam air panas dan minum
"InsyaAllah gemuk air tu hilang, bolehlah rasa kurus dan ringan badan. Boleh beli herba ni di MidValley atau 'online shopping'.
"Hanya masukkan empat hingga lima kiub herba bersama satu sudu besar daun teratai ke dalam air panas. Kemudian tapis dan minum seperti biasa," kongsinya.
Bagaimanapun dia menasihatkan agar minuman ini tidak diminum setiap hari bimbang badan mengalami dehidrasi.
"Ambil bila perlu sahaja contohnya bila rasa badan terasa gemuk air dan muka sembab atau sembelit," kongsinya lagi.
MENARIK DIBACA: Pertama kali 'dating', pemuda geram kenalan wanita 'order' macam-macam! Anggap tiada 'common sense'
MENARIK DIBACA: Cuba pecah rekod dunia, Oriental Kopi sasar jual 10,000 nasi lemak dalam masa 8 jam
Selain membantu mengurangkan rasa kembung dan sembelit, herba tersebut juga dikatakan berpotensi membantu melancarkan haid namun perkara ini masih bergantung kepada individu.
"Setakat ini boleh (membantu), walaupun saya tak tahu bab haid tapi mengikut herbalist boleh membantu pelancaran haid," katanya.
Petua tradisional seperti ini sering diamalkan, tetapi orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan mendapatkan nasihat pakar sekiranya mempunyai masalah kesihatan tertentu.