KUALI | Trending

“Saya Tak Halalkan!” - Bayar RM17.90 tapi sayur lagi banyak dari sotong, netizen samakan macam getah rambut

Lead Image

MEMBELI makanan secara dalam talian boleh dikatakan sebagai pertaruhan kerana ia mungkin tidak menepati dengan jangkaan diharapkan.

Biasanya pembeli bersandarkan kepada gambar, pilihan yang pelbagai, promosi dan reviu daripada pelanggan lain sebelum membuat tempahan.

Bagaimanapun banyak kes yang mana pelanggan berasa tidak puas hati dengan makanan dibeli kerana ia tidak seperti diharapkan.

Ada di antara peniaga bagaikan mengambil kesempatan dengan mengaibaikan kualiti hidangan dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Luahan hati wanita tersebut mencuri perhatian warga Threads.

Ini juga yang berlaku kepada seorang wanita dikenali sebagai Atiqah Mowari yang meluahkan rasa kecewa di Threads selepas membeli hidangan sotong goreng kunyit secara dalam talian.

Dakwa Atiqah, saiz hidangan diterima bukan sahaja terlalu sedikit malah tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

"Kepada owner (peniaga), jangan berniaga tau! Saya tak halalkan duit saya dekat kedai awak dan saya tak akan makan makanan macam ini.

MENARIK DIBACA: Peniaga tergamam individu minta 'sponsor' 180 pek tiramisu, beri alasan permintaan majikan - “Bos semua cakap sedap”

MENARIK DIBACA: Dua tahun beroperasi, Shiha Zikir tutup kedai nasi ayam cawangan Shah Alam

"Kalau ada cakap saya tak bersyukur, korang rasa layak ke saya terima makanan macam ini?" tulisnya.

Difahamkan, set nasi putih bersama sotong goreng kunyit itu berharga RM17.90, namun saiz sotong yang diterimanya terlalu kecil selain kuantitinya sedikit.

Apa lebih menjengkelkan, potongan sayur-sayuran lain seperti lobak merah, kacang panjang dan bawang dikatakan lebih besar berbading sotong itu sendiri.

Komen netizen di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mengecam tindakan peniaga itu yang tergamak menjual makanan dengan kualiti sedemikian.

Malah, ramai menyarankan wanita itu membuat aduan agar perniga tersebut dikenakan tindakan sewajarnya.

"Harga bukan main mahal sampai RM17.90 tapi dapat sotong dah serupa getah rambut.

"Tak kisahlah set dapat nasi dan sup sekalipun, tapi Harga itu tetap mahal. Tolonglah report!" komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

‘Corncong’ buat ramai tak kering gusi, jagung bakar dibalut macam pocong

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Praktikal tetapi berisiko, penyelidik temukan kandungan toksik dalam serbuk protein

Terhangat