KUALI | Nutrisi

Air kelapa redakan ‘morning sickness’, cegah jangkitan saluran kencing ketika hamil

Lead Image

KEHAMILAN merupakan satu fasa penting yang memerlukan penjagaan rapi khususnya dari aspek pemakanan dan pengambilan minuman harian. 

Setiap ibu pastinya menginginkan terbaik untuk kesihatan diri serta kandungan bayi dengan mengamalkan pelbagai kaedah semula jadi yang lebih selamat.

Antara minuman semula jadi yang sering menjadi pilihan ibu mengandung ialah buah air kelapa muda.

Air kelapa bukan sahaja menyegarkan malah dikatakan mempunyai pelbagai manfaat untuk melancarkan sepanjang proses kehamilan.

Berikut adalah antara manfaat air kelapa muda untuk kesihatan ibu dan perkembangan janin.

Air kelapa muda sangat sesuai untuk mengembalikan kandungan air mineral yang hilang akibat loya dan muntah.

1. Mencegah dehidrasi

Kira-kira 95 peratus kandungan air kelapa terdiri daripada air semula jadi membantu mencegah dehidrasi serta mengurangkan rasa letih dan lesu.

Air kelapa muda juga mampu menggantikan kandungan mineral dalam badan yang hilang akibat loya dan muntah kerana ia kaya dengan mineral seperti kalium dan natrium.

Air kelapa muda tidak boleh menggantikan sepenuhnya air kosong untuk memenuhi keperluan cecair harian dan digalakkan para ibu mengambil air kosong secukupnya.

Air kelapa muda membantu meneutralkan asid dalam perut.

2. Mengurangkan loya dan muntah

Kajian oleh Universiti Airlangga, Indonesia menunjukkan bahawa pengambilan 300 ml air kelapa muda setiap hari selama seminggu dapat mengurangkan masalah loya dan muntah (morning sickness) dalam kalangan ibu hamil.

MENARIK DIBACA: Epal black diamond lebih manis daripada madu, hanya 'hidup' di pergunungan Tibet... Harganya cecah RM30 sebiji

MENARIK DIBACA: Ada cara hilangkan bau hamis otak lembu, paling sedap dibuat gulai

Impak ini dipercayai berpunca daripada keupayaan air kelapa muda untuk meneutralkan asid dalam perut. 

Walaupun perubahan hormon merupakan punca utama rasa loya, keadaan perut yang terlalu berasid boleh memburukkan lagi gejala tersebut.

Kandungan kalsium dalam air kelapa membantu pembentukan tulang dan gigi janin.

3. Menyokong perkembangan janin

Semasa mengandung, ibu memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin.

Sebagai contoh, kandungan kalsium dalam air kelapa muda membantu pembentukan tulang dan gigi janin.

Oleh itu, ibu hamil disarankan mengambil makanan kaya dengan vitamin dan mineral seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Air kelapa muda sangat bagus untuk membersihkan saluran kencing.

4. Mencegah jangkitan saluran kencing

Perubahan hormon serta tekanan daripada rahim semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing.

Minum air kelapa muda pada trimester pertama, kedua atau ketiga dipercayai dapat membantu membersihkan saluran kencing dan pundi kencing, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan.

Asid laurik dalam air kelapa membantu meningkatkan imun badan.

5. Membantu meningkatkan sistem imun

Air kelapa muda mengandungi antioksidan yang berperanan dalam membantu meningkatkan daya tahan tubuh.

Selain itu, ia juga mengandungi asid laurik yang mempunyai sifat antivirus dan antibakteria serta membantu melindungi tubuh daripada jangkitan. 

Asid laurik juga boleh didapati dalam minyak kelapa.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kajian dapati makan ais krim turunkan risiko penyakit jantung, pakar kesihatan pula tak setuju

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Bahaya anak gemar makan sosej, kandungan 2 bahan kimia ini boleh jejas kesihatan 

Terhangat