Kajian dapati makan ais krim turunkan risiko penyakit jantung, pakar kesihatan pula tak setuju
AISKRIM sering dikaitkan dengan kandungan gula dan lemak tinggi menyumbang kepada obesiti, diabetes dan masalah jantung.
Makanan ini disenaraikan sebagai hidangan perlu dielakkan individu ingin menjaga kesihatan terutamanya diabetes dan penyakit berkaitan jantung.
Namun beberapa kajian epidemiologi terbaharu menunjukkan gambaran lebih kompleks tentang peranan produk tenusu penuh lemak dalam diet.
Kajian epidemiologi mendapati individu mengambil produk tenusu penuh lemak, termasuk ais krim tidak menunjukkan peningkatan risiko penyakit jantung.

Malah dalam sesetengah kumpulan, risikonya didapati lebih rendah berbanding individu langsung tidak mengambil aiskrim dalam diet seharian.
Kajian ini mendapati kandungan kalsium dan protein dalam produk tenusu termasuk ais krim baik untuk menyokong kesihatan tulang.
MENARIK DIBACA: Basuh wajah dengan air kelapa banyak manfaat, hilang parut jerawat dan kekal awet muda
MENARIK DIBACA: Sisik ikan jangan dibuang! Teefoodd kongsi resipi buat jeli, kaya kolegan untuk cantikkan kulit
Kandungan tenusu dalam aiskrim juga membantu mengekalkan fungsi otot dan berpotensi memberi kesan positif kepada kesihatan jantung apabila diambil secara sederhana.
Kehadiran asid lemak tertentu dalam aiskrim berpotensi memberi kesan neutral atau bermanfaat kepada kesihatan jantung.
Pengambilan penyejuk tekak ini turut dipercayai memberikan kesan kenyang sekali gus membantu mengawal pengambilan makanan berlebihan.

Walaupun dapatan kajian ini menarik, pakar kesihatan menegaskan bahawa ia tidak bermakna ais krim boleh dianggap sebagai makanan kesihatan utama.
Ini berikutan kebanyakan ais krim tinggi kandungan gula tambahan, lemak tepu dan kalori.
Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti, diabetes jenis 2 dan masalah metabolik lain juga faktor peningkatan risiko penyakit jantung.