KUALI | Video

Cluck' N Cone perkenal konsep ayam goreng dalam kon, ada 6 varian rasa boleh dicuba!

RESTORAN Cluck' N Cone secara rasmi membuka outlet pertamanya di Changkat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan memperkenalkan sajian ayam goreng dalam kon rangup.

Mengetegahkan konsep 'grab-and-go', Cluck' N Cone disesuaikan dengan gaya hidup pantas masyarakat bandar tanpa menjejaskan kualiti dan rasa.

Terletak di kawasan tumpuan pelancong dan hiburan utama di ibu negara, outlet Cluck' N Cone dijangka menjadi lokasi baharu buat pecinta makanan tempatan dan antarabangsa.

Lokasi: Cluck' N Cone, Jalan Rembia, Changkat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 2 pagi

Tonton video penuh di YouTube Kuali.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular