KUALI | Nutrisi

Selera menurun seiring peningkatan usia, ada cara bangkit nafsu makan orang tua

Lead Image

PEMAKANAN dan diet seimbang antara elemen penting bagi warga emas dalam memastikan mereka sentiasa bertenaga dalam menjalani aktiviti harian.

Namun begitu, ramai warga emas mengalami masalah kurang selera makan akibat faktor usia, penyakit kronik, pengambilan ubat-ubatan atau masalah emosi seperti kemurungan.

Usaha menggalakkan mereka makan juga bukan perkara mudah dan perlu dilakukan dengan penuh sabar selain sokongan emosi dan pemahaman tentang situasi mereka.

Dengan teknik dan kaedah yang tepat dapat membantu mereka menjamah makanan dengan lebih baik.

Hidangan seperti sup ayam juga mudah untuk dinikmati.

1. Tekstur mudah diterima tekak

Tekstur makanan perlu lembut dan senang dikunyah, terutama bagi mempunyai masalah gigi atau sukar menelan. 

Rasa makanan juga harus disesuaikan supaya tidak terlalu tawar atau terlalu kuat.

Elak penggunaan rempah ratus terlalu kuat kerana khuatir boleh membuatkan selera warga emas terjejas.

Pilihan sajian penuh dengan rona ceria.

2. Kepelbagaian warna

Menu dengan gabungan visual menarik berwarna-warni dan aroma memikat juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan selera makan. 

Hidangan sama berulang kali boleh menyebabkan warga emas kebosanan dan mengurangkan minat untuk makan. 

Saji makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap adalah pilihan lebih baik berbanding hidangan besar bagi mengelakkan rasa terlalu kenyang atau tidak selesa.

Suasana makan ceria juga penting.

3. Menghidupkan waktu makan

Suasana ketika makan juga memberi kesan besar terhadap selera warga emas. Makan bersama ahli keluarga atau rakan sebaya boleh menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan dan tidak sunyi. 

MENARIK DIBACA: Lucu tapi benar! Hampir 20 juta penduduk AS percaya susu coklat diperah langsung daripada lembu

MENARIK DIBACA: Berendam dalam ‘Hotpot Spring’ jadi kegilaan, boleh pilih sup pedas atau sayur

Persekitaran tenang, bersih dan selesa dapat membantu mereka menikmati makanan dengan lebih baik.

Jadual makan teratur dan konsisten membantu tubuh warga emas menyesuaikan diri dengan waktu makan. 

Masak bersama dapat membuatkan warna emas rasa dihargai.

4. Masak bersama 

Penglibatan warga emas dalam proses penyediaan makanan juga boleh meningkatkan minat mereka untuk makan. 

Membenarkan golongan ini memilih menu atau membantu kerja ringan di dapur memberi rasa dihargai dan meningkatkan selera. 

Aktiviti ini juga dapat merangsang minda dan emosi mereka.

Minuman juga penting untuk mengekalkan badan segar.

5. Air mencukupi

Pengambilan air mencukupi juga tidak boleh diabaikan kerana dehidrasi boleh mengurangkan selera makan. 

Minuman berkhasiat seperti susu, sup atau jus buah tanpa gula berlebihan boleh membantu menambah nutrisi. 

Namun, elakkan memberi minuman terlalu dekat dengan waktu makan utama.

Hidangan dengan aroma memikat dapat membuka selera.

6. Aneka hidangan membuka selera 

Banyak menu ringkas kaya dengan nutrisi boleh dihidangkan kepada warga emas antaranya bubur nasi ayam atau ikan mudah hadam.

Selain nasi, boleh sediakan oat dengan buah lembut seperti pisang. Sup sayur ringan seperti lobak merah dan labu juga enak untuk dijamu. 

Bagi makan tengah hari, cuba nasi lembut dengan ikan kukus, ayam masak kicap cair dengan sayuran lembut mudah dikunyah. 

Minum petang boleh disertakan dengan bubur kacang hijau, puding susu, agar-agar kurang gula, kuih tradisional lembut atau biskut marie. 

Selain itu, untuk makan malam cuba sertakan menu mi sup disertakan dengan snek berkhasiat seperti yogurt dan kacang rebus lembut.

Smoothie juga elok untuk warga emas.

7. Minuman penyegar tekak

Pilihan harian sesuai dinikmati adalah air suam, air kosong dengan campuran lemon dan teh suam kurang gula atau kopi ringan.

Bagi pilihan minuma berkhasiat pula boleh sertakan susu rendah lemak, soya suam atau barli, jus buah-buahan dan smoothie menyelerakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kisar cili dengan minyak masak bukan sekadar tahan lama, petua orang dulu-dulu banyak manfaatnya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Minum air campuran madu dan garam, tidur jadi lebih nyenyak

Terhangat