KUALI | Trending

Foto makcik terlelap ketika berniaga undang sebak, sekarang tak cukup tidur layan pelanggan beli nasi lemak... Ada baik hati sedekah duit belanja

Lead Image

DI satu sudut jalan sunyi, seorang makcik berpakaian sederhana duduk di gerai usang ditemani susunan bungkusan nasi lemak sambal dan gulai udang dengan harapan ada yang membelinya.

Setiap hari wanita tua itu tabah menolak basikal usang dari rumah ke gerai terletak di tepi jalan Simpang Tiga Ara Kuda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk menjual nasi lemak berharga RM1.50 sebungkus, dimasak sendiri. 

Itulah realiti kehidupan seharian wanita itu yang tabah hanya mencari rezeki, biarpun terpaksa bersaing dengan cuaca panas, usia meningkat tetapi pelanggan pula tak pasti kunjung tiba.

Namun siapa sangka, saat wanita tua itu tertidur menunggu pelanggan, merubah kehidupannya 360 darjah. 

Netizen turut menyalurkan sumbangan untuk membantu kehidupan makcik itu.

Gambarnya dirakam tanpa sengaja dan dikongsikan salah seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai @_kakpinat tular di media sosial sejak dua hari lalu dan menyentuh hati ribuan netizen. 

Menerusi ruangan kapsyen, tulisnya makcik itu terlena menunggu pelanggan membeli nasi lemak bawah panas terik – bukan dengan harapan untuk kaya cuma nak bertahan untuk hidup. 

Kongsinya, sejak kebelakangan ini perniagaan nasi lemak makcik tersebut tidak laku sedangkan makanan dijual sedap lebih-lebih lagi sambal dan gulai udangnya.

MENARIK DIBACA: Donut susu Malaysia ‘serang’ Indonesia... Habis licin dalam 2 jam, stesen TV sampai buat liputan

MENARIK DIBACA: ‘Popsicle’ dicipta kanak-kanak 11 tahun, 5 makanan popular ini pula terhasil tanpa sengaja

Dalam ruangan komen, Kakpinat yang tidak menyangka perkongsiannya tular memberitahu makcik itu menghargai perhatian diberikan oleh netizen dan mendoakan yang terbaik untuk semua masyarakat.

Kongsinya, amanah (sumbangan) netizen sudah disampaikan dan bersyukur melihat wajah wanita itu kembali ceria ketika berniaga.

Tiada siapa menjangkakan, perkongsian ringkas wanita tua itu terlelap nampaknya tidak lagi tertidur malah tak menang tangan menyiapkan pesanan nasi lemak dari segenap arah.

Gerai nasi lemak sebelum itu sekadar dikenali penduduk sekitar, kini menjadi tumpuan ramai. 

Ada datang bukan sekadar untuk membeli nasi lemak, tetapi memberi semangat dan menyumbang rezeki buat makcik itu.

Makcik itu kelihatan gembira membawa nasi lemak untuk berniaga.

Malah, peniaga tua itu berbesar hati cuba untuk siapkan lebih banyak bungkusan nasi lemak supaya pelanggan tidak berkesempatan semalam tidak kecewa.

Lebih menyayat hati, wanita tua itu juga tak lokek berkongsi rezeki dengan bersedekah nasi lemak kepada pelanggan sebagai tanda penghargaan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Makanan Malaysia tempat pertama paling lazat di Expo Gourmet Osaka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Pelik tapi benar! Kentang ‘anak’ tomato hasil perkahwinan genetik 9 juta tahun lalu

Terhangat