KUALI | Resipi Tradisi

[V] Asyik rebus cicah sos bosan juga, ini resipi kerang cili padi masam manis

Lead Image

SELAIN ikan, udang dan ketam, kerang juga menjadi antara makanan laut yang digemari ramai.

Selalunya kerang dihidangkan sama ada direbus atau dibakar dan dicicah dengan air asam.

Bukan itu sahaja, kerang juga boleh dijadikan lauk dengan pelbagai idea menu masakan menyelerakan seperti rendang kerang atau sambal tumis kerang.

Untuk penggemar kerang, Kuali nak kongsikan satu menu yang boleh anda cuba iaitu kerang masak cili masam manis. Selamat mencuba!

MENARIK DIBACA: Nampak macam sama tapi singgang dan asam rebus ada perbezaannya

MENARIK DIBACA: [V] Wanita kini setaraf dengan kaum lelaki, bukan hanya duduk di dapur – Qasrina Karim 

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 biji bawang besar
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah

Bahan B

  • 500 gram kerang
  • Soda bikarbonat
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 biji limau nipis
  • Cili merah (dihiris)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Daun sup (dihiris)
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Langkah penyediaan

  1. Rendam kerang ke dalam larutan soda bikarbonat yang dicampur sedikit garam selama satu jam kemudian cuci sehingga bersih.
  2. Rebus kerang yang telah dibersihkan selama lebih kurang lima minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar (kasar) semua bahan A.
  4. Panaskan minyak dan masukkan satu tangkai serai yang dititik.
  5. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  6. Masukkan halia yang dihiris halus.
  7. Masukkan satu sudu besar sos tiram.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk penyedap rasa secukupnya.
  9. Perah satu biji limau nipis untuk seimbangkan rasa pedas (jika suka)
  10. Masukkan kerang yang telah direbus dan gaul sehingga rata
  11. Taburkan cili merah, daun ketumbar dan daun sup untuk masakan kelihatan lebih cantik dan menarik (tambahan)
  12. Siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Hanya 3 langkah membuatnya, mi tumis Hokkien hidangan lengkap mengenyangkan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

[V] Bau dan aromanya buat perut berkeroncong, ini resipi ayam pedas daun kesum

Terhangat