[V] Wanita kini setaraf dengan kaum lelaki, bukan hanya duduk di dapur – Qasrina Karim
TANGGAPAN seorang wanita akhirnya ke dapur walaupun belajar tinggi-tinggi mungkin biasa kita dengar dalam perbualan.
Ia kedengaran seperti cuba merendah-rendahkan kredibiliti seorang wanita apatah lagi buat mereka yang mempunyai kerjaya dan masih memegang gelaran sebagai seorang isteri dan ibu.
Bagi pelakon Qasrina Karim, dia sendiri tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut selain percaya kaum wanita hari ini setaraf dengan golongan lelaki.

Qasrina atau nama lengkapnya Qasrina Abd. Karim berkata, ramai golongan wanita hari ini memiliki kerjaya yang tidak kurang hebat berbanding lelaki dan tidak semestinya perlu duduk di dapur.
"Kenyataan wanita perlu duduk di dapur sahaja tidaklah tepat sebab perempuan (hari ini) sama sahaja seperti lelaki.
"Ada banyak perkara yang boleh kita terokai, boleh belajar dan bekerja. Tidak semestinya mereka (wanita) perlu sentiasa berada di dapur," katanya ketika ditemui Kuali.
Ketika disoal tentang tahap kerajinannya memasak di rumah, Qasrina, 29, memberitahu sebelum bergelar seorang pelakon, dia rajin memasak di rumah.
MENARIK DIBACA: Nampak macam sama tapi singgang dan asam rebus ada perbezaannya
MENARIK DIBACA: Sumpah sakit! Nak jumpa doktor takut, ada 5 bahan di dapur boleh bantu cegah masalah buasir
Malah pelakon genit itu juga mempunyai kebolehan membuat kek dan manisan hasil hasil belajar sendiri.
"Dulu saya rajin buat kek. Saya belajar sendiri. Tapi kalau buat kuih-muih, ibu saya lebih pakar membuatnya.
"Sebab bagi saya buat kuih-muih lebih susah dan renyah. Saya cuma tahu buat kuih seri muka sahaja. Bolehlah," kata pelakon drama bersiri Thariq Ridzuwan: His Treasure itu.