KUALI | Menu Selebriti

[V] Nafiez Zaidi ajak lelaki belajar memasak, anggap ada kelebihan kalau rajin ke dapur

Lead Image

LELAKI yang memiliki kemahiran memasak dianggap sebagai beruntung terutama bagi mereka yang masih bujang.

Bagi pelakon Nafiez Zaidi, walaupun tidak handal di dapur, seorang lelaki perlu tahu memasak walaupun sekadar menyediakan hidangan ringkas.

“Saya kagum dengan lelaki yang pandai memasak malah saya anggap itu satu kelebihan membanggakan.

Walaupun tidak terlalu pandai memasak, Nafiez tetap akan turun ke dapur untuk memasak jika ada waktu terluang.

“Lelaki yang pandai memasak adalah perkara baik sebab itu adalah kelebihan dan tanda berdikari,” katanya kepada Kuali.

Dalam pada itu, tanpa berselindung Nafiez mengakui dia tidak pandai memasak tetapi tetap ke dapur menyediakan hidangan sendiri jika ada waktu terluang.

Kata pelakon berusia 33 tahun ini, dia cuba membiasakan diri ke dapur dan pada masa sama memantapkan kemahiran memasaknya.

"Saya sediri mengaku memang tak pandai masak. Tapi bukan bermakna saya langsung tidak tahu memasak.

MENARIK DIBACA: Rosyam Nor bukan sebarang 'Hero Malaya', turun dapur setiap hujung minggu masak untuk keluarga... Lemak cili api dan kari ayam kepakarannya 

MENARIK DIBACA: Durian bukan ‘superfood’, pesakit diabetes jangan jadikan alasan makan sampai lupa diri

"Kalau setakat buat nasi goreng, saya bolehlah buat sebab pernah belajar dengan emak. Tapi kalau masakan rumit, terus-terang saya memang tak pandai," katanya.

Ketika disoal sama ada dia cerwet soal makan, pelakon filem Martabat Misi Berdarah itu berkata dia tidaklah terlalu memilih makanan, cuma tidak makan bahagian organ dalaman haiwan seperti hati dan limpa.

"Bab makan saya tak cerewet. Cuma saya tak makan bahagian dalaman haiwan macam hati dan limpa. Itu sahaja," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Wanita kini setaraf dengan kaum lelaki, bukan hanya duduk di dapur – Qasrina Karim 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

Rosyam Nor bukan sebarang 'Hero Malaya', turun dapur setiap hujung minggu masak untuk keluarga... Lemak cili api dan kari ayam kepakarannya 

Terhangat