KUALI | Menu Selebriti

Rosyam Nor bukan sebarang 'Hero Malaya', turun dapur setiap hujung minggu masak untuk keluarga... Lemak cili api dan kari ayam kepakarannya 

Lead Image

JIKA ditanya siapa yang lebih handal memasak, tentu ramai akan cenderung memilih wanita.

Namun lain pula jawapan pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor yang berpendapat kaum lelaki lebih ligat di dapur bendanding wanita.

Menurut Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 58, perkara itu terbukti apabila kebanyakkan pekerjaan cef profesional didominasi oleh kaum lelaki.

Rosyam berkongsi perkara ketika ditemui Kuali.

"Pendapat itu sebenarnya salah. Kalau cakap fasal tukang masak, orang lelaki lagi pandai masak daripada perempuan.

"Sebab itu cef-cef yang kerja dekat hotel atau restoran kebanyakannya lelaki, jarang kita tengok perempuan," katanya kepada Kuali.

Meskipun begitu, Rosyam percaya para suami memilih untuk tidak menyaingi peranan isteri mereka di dapur atas sebab mahu bermanja.

MENARIK DIBACA: Berdesing telinga orang kutuk makanan dari negaranya, Imran Ajmain senarai menu sedap kalau ke Singapura

MENARIK DIBACA: Tak sia-sia belajar dari YouTube Che Nom, rendang air tangan Nikki Palikat paling sedap!

Jelasnya lagi, aktiviti memasak merupakan cara mencipta kemesraan dan kasih sayang di antara pasangan dan ahli keluarga.

"Tapi sebenarnya kami orang lelaki ini nak bermanja. Bila ada isteri, tentulah kita nak isteri yang siapkan kita... siapa lagi?

"Dapur ini bagi saya tempat mengikat kemesraan untuk suami isteri yang baru kahwin dan seluruh ahli keluarga.

Tapi sebenarnya kami orang lelaki ini nak bermanja 

Datuk Rosyam Nor

Pelakon

"Kalau kita dapat ajak anak-anak masak bersama-sama, di situlah wujud 'bonding' di antara ahli keluarga," ujarnya.

Becerita mengenai skil memasaknya, Rosyam memaklumkan dia rajin turun ke dapur menyediakan hidangan buat keluarga pada setiap hujung minggu.

Tambahnya, kebolehan memasak tersebut dipupuk sejak kecil kerana sering membantu ibunya di dapur.

Rosyam berpendapat dapur merupakan tempat pengikat kasih sayang.

"Sudah tentulah isteri sekarang yang banyak masak. Tapi setiap hujung minggu atau jika tiada komitmen kerja saya akan ambil alih tugas di dapur.

"Biasanya saya akan masak lauk Melayu macam masak lemak cili api, gulai pindang dan kari ayam. Saya tak pandai masak western!

"Semua saya belajar daripada ibu saya. Kalau dia masuk dapur, saya ikut sekali. Memasak ini bukan susah sangat pun," kongsinya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Nafiez Zaidi ajak lelaki belajar memasak, anggap ada kelebihan kalau rajin ke dapur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Avaa Vanja tiada masa ke dapur, serah tugas memasak kepada pembantu rumah

Terhangat