KUALI | Menu Selebriti

[V] Avaa Vanja tiada masa ke dapur, serah tugas memasak kepada pembantu rumah

Lead Image

GARA-GARA tidak menjaga tabiat pemakanan suatu ketika dahulu, pelakon Avaa Vanja berdepan masalah kesihatan apabila sering sakit badan dan lutut sehingga menjejaskan aktiviti hariannya.

Sedar masalah dialami itu disebabkan gaya pemakanan tidak sihat, pelakon berusia 45 tahun itu kini cerewet tentang pemakanan demi menjaga kesihatan.

"Saya sangat cerewet bab pemakanan sebab ia penting untuk mendapatkan kehidupan yang sihat.

"Saya pernah tidak menjaga makan sehingga akhirnya saya sakit badan dan sakit lutut disebabkan pemakanan," ujar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu.

Avaa bersama anak tunggalnya Maleena yang kini berusia 13 tahun.

Ketika disoal tentang rutin memasak di rumah, Avaa yang sinonim dengan tahi lalat di dagu itu mengakui dia tidak memasak dan menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah.

Kata pelakon filem Kala Malam Bulan Mengambang itu, jadual kerjanya membuatkan dia tidak ada masa namun itu tidak bermakna dia langsung tidak tahu memasak.

"Sejujurnya saya tidak masak sebab sangat sibuk. Jadi saya akan minta pembantu rumah sediakan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

MENARIK DIBACA: Elak masuk tong sampah, ikut langkah-langkah ini agar bahan basah tahan lama dalam peti sejuk

MENARIK DIBACA: Berdesing telinga orang kutuk makanan dari negaranya, Imran Ajmain senarai menu sedap kalau ke Singapura

"Walaupun saya tidak memasak, tak semestinya saya langsung tidak tahu (memasak). Malah saya boleh masak pelbagai jenis makanan sama ada Melayu atau Barat," katanya.

Pada masa sama, Avaa atau nama lengkapnya Avaa Vanja Mohamad Ramli tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa seseorang itu akan hilang nikmat hidup jika terlalu mengawal pemakanan.

Bagi Avaa, tidak salah jika mereka mahu makan apa sahaja asalkan tahu makanan yang diambil.

"Makanlah apa benda anda suka, asalkan tahu apa yang anda makan," tegasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

Rosyam Nor bukan sebarang 'Hero Malaya', turun dapur setiap hujung minggu masak untuk keluarga... Lemak cili api dan kari ayam kepakarannya 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

Muaz Mohsin ‘terer’ masak kari kepala ikan, pernah kerja tukang masak sebelum jadi pelakon

Terhangat