KUALI | Menu Selebriti

Muaz Mohsin ‘terer’ masak kari kepala ikan, pernah kerja tukang masak sebelum jadi pelakon

Lead Image

SEBELUM terjun dalam industri seni sebagai pelakon, siapa sangka Muaz Mohsin sebelum ini pernah bergelar tukang masak di beberapa buah restoran, termasuk restoran kari kepala ikan di Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor.

Lebih mengagumkan, Muaz tidak pernah mendapatkan pendidikan formal dalam bidang kulinari, sebaliknya hanya belajar ketika bekerja di restoran untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.

Kata Muaz, 24, sejak kecil dia memang sangat meminati bidang masakan, namun tidak berpeluang melebarkan sayapnya dalam bidang tersebut.

"Sebelum jadi pelakon, saya sebenarnya seorang tukang masak walaupun tak pernah belajar dalam bidang masakan di mana-mana pusat vokasional.

Sebelum ini Muaz pernah menjadi peniaga kecil dengan menjual donat, keropok lekor dan shawarma.

"Semuanya saya belajar sendiri sewaktu bekerja dengan orang sebab saya memang minat memasak," kata Muaz ketika ditemui Kuali.

Ujar pelakon drama Demi Dhani itu, sebagai tukang masak, dia berasa puas jika dapat hidangkan makanan kepada pelanggan, lebih-lebih lagi jika mereka tersenyum dan gembira dengan makanan yang disajikan.

"Saya rasa masakan seperti dihargai kalau pelanggan senyum ketika menjamah air tangan saya sendiri. Itu satu kepuasan bagi seorang tukang masak," katanya.

Ketika disoal tentang impian membuka perniagaan sendiri, Muaz berkata selain memasak, dia juga meminati bidang perniagaan terutama berasaskan makanan dan minuman (F&B).

Muaz bersama rakannya kini mengusahakan sebuah kafe dikenali sebagai Minutes Coffee yang terletak di Taman Melawati.

Malah, sebelum ini dia pernah menjadi peniaga kecil dengan menjual donat, keropok lekor dan shawarma.

"Selain memasak, saya juga minat berniaga. Malah saya pernah melalui fasa jatuh bangun dalam perniagaan bukan sekali tetapi berkali-kali.

"Selain kerana minat, saya ceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana mahu dapatkan pengalaman dan juga ilmu berkaitan pemasaran, promosi dan aliran tunai.

"Alhamdulillah, sekarang saya bertindak sebagai pasukan pemasaran dengan membantu rakan mengusahakan kafe Minutes Coffee di Taman Melawati," ujarnya.

MENARIK DIBACA: Guna resipi turun temurun, rahsia kedai Sate Padang Pak Saf penuh pelanggan

MENARIK DIBACA: Rendang daging Padang buat Nazia Mustafar jatuh cinta, bertahun cuba hasil resipi sama... Kini masak hampir 1 tan sebulan buat pelanggan

Bercakap lebih lanjut, Muaz mengakui terlibat dalam industri F&B bukanlah suatu hal mudah dan sentiasa ada risiko. 

Bagaimanapun, Muaz percaya cabaran dilalui itu boleh dijadikan panduan dan pengalaman untuk mengembangkan diri dalam dunia bisnes.

"Saya melihat perniagaan berasaskan makanan dan minuman ada aliran tunai yang agak lumayan.

"Setiap hari ada pelanggan yang datang walaupun ada masa tertentu, kita tak dapat buat sales lumayan. Tapi daripada situ kita perlu fikir strategi majukan lagi perniagaan.

"Saya ceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana mahu dapatkan pengalaman dan juga ilmu berkaitan pemasaran, promosi dan aliran tunai.

Muaz Mohsin

Selebriti

"Sebab itu saya ambil kesempatan bergabung dengan kenalan saya untuk jalankan bisnes Minutes Coffee kerana tahu potensi besar dalam bidang F&B," jelasnya.

Pada masa sama, Muaz berkata, dia tidak boleh mengharapkan pendapatan dalam bidang seni semata-mata kerana dia sendiri tidak pasti perkara yang akan berlaku pada masa akan datang.

Meletakkan dirinya sebagai seorang yang berpandangan jauh, Muaz juga mahu menjadi contoh kepada anak muda lain untuk sedia menyahut cabaran.

"Sebagai anak muda, saya perlu berfikiran jauh selain perlu ada perancangan lain sebab saya adalah harapan terakhir dalam keluarga.

"Selain itu, saya juga mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu terjun dalam dunia bisnes dan peluang tersebut akan datang untuk mereka yang memiliki cita-cita," tegasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Avaa Vanja tiada masa ke dapur, serah tugas memasak kepada pembantu rumah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Nadia Aqilah tak 'hadap' beg tangan mahal, lebih rela beli makanan organik untuk anak-anak

Terhangat