KUALI | Menu Selebriti

[V] Jalaluddin Hassan tak makan ikan sejak kecil, boleh muntah sebab bau hanyir

Lead Image

MENITI usia 71 tahun, aktor Datuk Jalaluddin Hassan masih kelihatan sihat dan gagah meskipun rambut di kepalanya mula memutih.

Bahkan pada usia senja, Jalaluddin masih lagi aktif di lapangan seni, mempertaruhkan bakat dalam seni lakon yang telah sebati dalam darah dagingnya sejak hampir empat dekad.

Mencungkil rahsia kesihatan terutama dalam pemakanan, Jalaluddin memberitahu tidak mengamalkan sebarang bentuk diet, lebih-lebih lagi isterinya Datin Rapidah Abd. Ghani jaguh memasak di rumah.

Pun begitu, pelakon drama Hilang Dalam Rindu itu tetap berhati-hati soal pengambilan pemakanan harian memandangkan usianya kini tidak lagi muda.

Jalaludin memilih daging sebagai sumber protein pilihan berbanding ikan.

"Sejujurnya saya tidak amalkan sebarang bentuk diet. Lagi pun isteri saya memang jaguh dan suka memasak di rumah.

"Sampaikan adakalanya saya meminta isteri untuk tidak memasak supaya dapat mengawal pemakanan.

"Bagaimanapun, saya tetap menjaga apa yang saya ambil, contohnya saya tidak minum minuman berkafein," kata anak jati kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu.

Ketika ditanya tentang pilihan sumber protein kegemarannya, pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2003 itu lebih memilih daging berbanding ayam atau ikan.

MENARIK DIBACA: Kubis goreng memang buat ketagih, tapi awas boleh jadi penyebab kanser usus

MENARIK DIBACA: Kulit nanas banyak manfaat untuk kecantikan, boleh dijadikan pelembap dan mampu kurangkan jerawat

"Saya lagi suka daging. Kalau ayam, saya hanya makan ayam goreng sahaja. Masakan ayam berkuah saya tidak suka.

"Kalau ikan, maaf saya tidak makan ikan," tegasnya.

Ujar Jalaluddin, sejak kecil lagi dia tidak memakan ikan kerana baunya yang hanyir sehingga boleh membuatkannya muntah.

"Memang sejak kecil saya tidak makan ikan sebab tak tahan dengan bau hanyir.

"Saya boleh muntah kalau makan ikan sebab teringat baunya yang hanyir," kata Jalaluddin.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Susah nak dapat masakan kampung di Singapura, Hanna Delisha cukup gemar ikan patin tempoyak dan budu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Wanita kini setaraf dengan kaum lelaki, bukan hanya duduk di dapur – Qasrina Karim 

Terhangat