KUALI | Nutrisi

Kulit nanas banyak manfaat untuk kecantikan, boleh dijadikan pelembap dan mampu kurangkan jerawat

Lead Image

MESTI ramai daripada kita tak pernah terfikir yang kulit buah nanas mempunyai banyak manfaat terutamanya untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah.

Di Malaysia mungkin pelik tetapi penggunaan kulit nanas sebenarnya perkara biasa dalam produk kecantikan tradisional dan moden di Filipina, Thailand dan India.

Di Mexico pula, kulit nanas dijadikan minuman tradisional, Tepache, menggunakan teknik peram bersama gula perang dan rempah ratus seperti kayu manis. 

Manfaatnya tinggi dengan kandungan enzim bromelain dan vitamin C menjadikan kulit nanas bahan alami berharga untuk kesihatan kulit dan minuman semula jadi.

Cuba DIY pelembap sendiri menggunakan kulit nanas.

Kandungan enzim bromelain yang masih aktif biarpun kulit nanas diekstrak menjadi produk bertindak sebagai anti radang lebih lagi buat mereka memiliki kulit sensitif. 

Penggunaan kulit nanas padat dengan sumber antioksidan pada wajah juga membantu menanggalkan kotoran pada wajah punca kepada kulit kusam tidak bermaya.

Jadi, selepas ini anda patut fikir dua kali sebelum campak kulit buah itu terus ke tong sampah.

Kali ini, Kuali kongsikan resipi ringkas untuk membuat sendiri pelembap wajah menggunakan kulit nanas. 

MENARIK DIBACA:  Wanita jangan pandang ringan signal badan, mula amal 5 vitamin ini bila usia masuk 30 tahun

MENARIK DIBACA: Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

Pelembap DIY

Basuh bersih kulit nanas lalu rebus bersama tiga cawan air selama 20 minit. Kemudian biar sejuk seketika lalu tuang air rebusan berkenaan ke dalam botol plastik. 

Untuk hasil pelembap lebih baik, simpan air rebusan nanas itu sekurang-kurangnya tiga hingga lima hari sebelum penggunaan. 

Hasilnya, kulit kurang bintik gelap dan menjadi lebih halus, segar dengan penggunaan konsisten.

Bantu atasi kulit berminyak 

Potong dan bersihkan kulit nanas sebelum rebus.

Bukan sekadar dijadikan toner atau minuman kesihatan, kulit nanas juga boleh membantu mengurangkan masalah kulit berjerawat dan berminyak.

Kandungan enzim bromelain, vitamin C, dan sifat antibakteria semula jadi dalam kulit nanas membantu mengecutkan jerawat dan mengawal minyak berlebihan sekali gus mengekalkan kelembapan tanpa buat kulit melekit.

Tambah bahan semula jadi seperti gel aloe vera atau madu, pelembap DIY lebih jimat, membantu mengurangkan masalah kulit sensitif.

Jika ingin penggunaan lebih baik, simpan produk dihasilkan sendiri itu dalam tempat yang sejuk untuk memberikan kesan sapuan menenangkan kulit.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Wajah nampak tua berbanding usia sebenar, pengambilan 6 makanan ini jadi puncanya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kentut busuk bukan salah telur semata-mata, kobis dan kacang pun boleh jadi punca... Minum air putih cara mudah selesai masalah

Terhangat